ANDA MENGALAMI MASALAH INI?

Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Kecederaan biasanya berlaku pada anggota kaki, tangan dan juga tulang belakang.

Mengikut statistik, 73% daripada semua kecederaan sukan berpunca daripada aktiviti sukan yang bersentuhan (Contact Sport) sebagai contoh sukan ragbi, bola sepak, futsal dan sebagainya.

Kecederaan sukan boleh juga berlaku pada sukan-sukan lain seperti tennis, badminton, bola keranjang dan sebagainya. Secara purata, lelaki lebih kerap tercedera berbanding wanita.

KETAHUI TAHAP KESAKITAN ANDA

MULAKAN PENILAIAN

JENIS-JENIS KECEDERAAN SUKAN YANG BIASA TERJADI PADA ANGGOTA BADAN

  • Ketegangan dan kecederaan otot (strain)
  • Ligament koyak (sprain)
  • Kebengkakan otot
  • Kepatahan tulang (fracture)
  • Sendi yang teralih (disclocation)

FAKTOR KECEDERAAN SUKAN

  • Kurang Latihan memanaskan badan
  • Pertembungan dengan orang lain disebabkn oleh aktiviti bersentuhan (Contact Sport) contohnya, semasa pertandingan dalam ragbi, bolasepak, futsal dan sebagainya
  • Latihan tidak sempurna/ tidak sesuai
  • Aktiviti menukar arah secara tiba-tiba contohnya badminton, tennis, bola keranjang dan sebagainya

CONTOH KECEDERAAN SUKAN YANG SERING BERLAKU

1

Ankle Sprain

Kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak atau tercedera.
2

Groin Pull

Kecederaan pada peha (adductor muscles). Otot ini berada pada bahagian dalam tepi peha. Pergerakan secara tiba-tiba kebiasaannya menyebabkan acute groin pull, seperti menendang, berpusing untuk mengubah arah ketika berlari dan melompat.
3

Hamstring Strain

Ketegangan hamstring berlaku disebabkan oleh pengecutan secara cepat, regangan atau tekanan kuat melebihi hadnya kepada kumpulan otot hamstring yang mengakibatkan otot cedera atau koyak.
4

Shin Splints

Kecederaan dan sakit pada bahagian tulang keting sehingga ada bengkak dan kemerahan pada kawasan tersebut.
5

ACL Koyak

Ligament ACL memegang tulang lutut supaya kekal stabil. Pergerakan yang tiba-tiba dan berhenti secara tiba-tiba boleh menyebabkan tisu ini meregang atau koyak. Jika anda mendengar bunyi “pop” ligament anda mungkin koyak sepenuhnya.
6

Runners Knee (Patellofemoral Syndrome)

Kecederaan dan sakit di sekitar tempurung lutut. Kesakitan ini terjadi anda membuat aktiviti membengkok lutut contohnya, apabila berjalan, mencangkung, melutut, berlari atau duduk.
7

Tennis Elbow (Epicondylitis)

‘Tennis Elbow’ adalah sesuatu kondisi dimana tendon & otot pada siku mengalami keradangan atau lebih teruk lagi, tendon tersebut akan terkoyak.

RAWATAN KECEDERAAN SUKAN

Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kecederaan sukan akan semakin melarat dari masa ke masa. Akhirnya otot akan menjadi terlalu tegang dan mula terasa kebas yang mencucuk-cucuk.

Anggota badan lain juga turut terkesan dan sukar untuk lakukan pekerjaan harian. Aktiviti seperti mengangkat barang, duduk atau berdiri lama akan menjadi perit dan sakit yang melampau.

Terdapat pelbagai rawatan fisioterapi yang terbukti berkesan bagi merawat kecederaan sukan. Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik.

ANTARA RAWATAN YANG AKAN DIBERIKAN (MENGIKUT KESESUAIAN PESAKIT)

Konsultasi secara PERCUMA

Pakar fisio mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menerangkan secara terperinci punca sakit serta kaedah rawatan yang akan dilakukan.

Manual Terapi

Pakar fisio mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menerangkan secara terperinci punca sakit serta kaedah rawatan yang akan dilakukan.

  • Passive stretching
  • Trigger point release
  • Soft tissue manipulation
  • Teknik Mulligan
  • Teknik Mckenzie
  • Teknik Traction
  • Joint Mobilisation

Elektroterapi

Pakar fisio mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menerangkan secara terperinci punca sakit serta kaedah rawatan yang akan dilakukan.

  • Infrared
  • Ultrasound
  • Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation
  • Wax Therapy
  • Gun massager/ Massage Gun

Program Pemulihan

Pakar fisio mengenal pasti masalah yang dihadapi dan menerangkan secara terperinci punca sakit serta kaedah rawatan yang akan dilakukan.

  • Latihan Regangan
  • Latihan Kekuatan
  • Latihan Range Of Motion (ROM)
  • Wall Bar excercises
  • Functional Training

JOM BUAT TEMUJANJI BERSAMA PAKAR FISIO KAMI DAN LEGAKAN KESAKITAN ANDA

BUAT JANJI TEMUTANYA PAKAR FISIO