fbpx Skip to main content

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawalan. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya dalam kalangan atlet.

Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

Jenis-jenis kekejangan otot?

Terdapat 3 jenis kekejangan otot:

  1. Kekejangan otot selepas bersenam

  • Kontraksi otot luar kawal yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam.
  • ‘Overexhaustion’, iaitu kehausan otot berpunca dari aktiviti yang melebihi tahap kemampuan
  • Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi.
  • Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.
  1. Kekejangan otot akibat keletihan

  • Berlaku di kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas banyak berpeluh.
  1. Kekejangan otot akibat cuaca panas

  • Disebabkan kehilangan sejumlah besar kuantiti air dan garam di dalam badan terutamanya selepas bersenam di bawah suhu yang panas.
  • Selalunya bermula di bahagian kaki tetapi boleh melibatkan bahagian yang lain.

Apakah faktor punca berlakunya kejang otot akibat bersenam?

  • Umur – Individu berumur lebih cenderung mengalami kekejangan otot di sebabkan otot badan yang mula kendur dan mengecil. Anggota badan mudah letih semasa aktiviti fizikal.
  • Atlet – Atlet acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutamanya bila cuaca panas. Kecederaan yang di alami semasa menjalani latihan di awal musim boleh juga menjadi punca.
  • Dehidrasi – Dehidrasi boleh menyebabkan otot menjadi kejang. Untuk mengelakkan dehidrasi, pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari.  Sebaik-baiknya minum air lebih banyak daripada biasa sekiranya cuaca sangat panas, anda kerap berpeluh dan aktif bersenam, untuk kekal terhidrasi. Ini membantu mencegah otot dari mengalami kekejangan.
  • Obesiti – Otot yang menampung berat badan yang berlebihan sering kejang terutamanya pada bahagian kaki. Daya tahan otot individu obese selalunya kurang .
  • Intensiti dan tempoh senaman yang berlebihan – Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot.
  • Teknik regangan otot yang salah – Regangan otot yang dilakukan secara sambil lewa sebelum memulakan senaman boleh mengakibatkan otot menjadi kejang.

Apakah simptom ketika berlakunya kejang akibat bersenam?

  • Kesakitan otot yang berpanjangan dan berterusan selama beberapa minit semasa/selepas senaman.
  • Kontraksi luar kawal pada otot yang tegang.
  • Simptom berkurangan selepas aktiviti dihentikan.
  • Simptom dapat diatasi dengan melakukan regangan otot.

Apa yang anda harus lakukan semasa kejang otot sewaktu bersenam?

  1. Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
  2. Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil.
  3. Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.
  4. Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.

Bagaimana kekejangan akibat bersenam dapat dielakkan?

  • Bersedia sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti.
  • Lakukan regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan.
  • Pastikan pengambilan nutrisi dan air yang mencukupi.
  • Mulakan aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum.
  • Pastikan air diminum pada kadar yang awal sekiranya berlaku dehirasi.
  • Kurangkan berat badan yang berlebihan.
  • Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan di dalam diet.

Apakah komplikasi akibat kejang otot?

  • Pengsan
  • Masalah pernafasan
  • Tidak sedarkan diri

Tiada komplikasi serius akibat daripada kekejangan otot. Sekiranya mempunyai sejarah mengalami kekejangan otot yang berulang kali, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau pakar untuk melakukan pemeriksaan selanjutnya.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply