fbpx Skip to main content

Pernahkah anda rasa kepala tiba-tiba berpusing? seolah-olah rasa berpusing atau keadaan sekeliling anda seperti berpusing. Keadaan ini dipanggil sebagai Vertigo.

Apa itu Vertigo?

Vertigo adalah suatu keadaan di mana pesakit merasakan dirinya tidak stabil, rasa seperti terhuyung hayang ataupun rasa seperti sekelilingnya berpusing. Kebiasaanya disertai dengan rasa loya dan hilang keseimbangan.

Punca-Punca Vertigo

Masalah ini sering dikaitkan dengan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak. Antara sebabnya ialah:

Kenapa Kepala Rasa Berpusing Tiba-Tiba? Kenali Punca dan Simptom.

1) BPPV (Benign Paroxysmal Peripheral Vertigo): 

Ia melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal.

2) Meniere’s Disease

Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.

3) Labryrhinthitis atau Vestibular neuronities

Merupakan masalah pada bahgaian telinga dalam yang berhubung kait dengan jangkitan (virus). Jangkitan ini menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga yang boleh menyebabkan hilang keseimbangan.

Vertigo juga mungkin boleh terjadi dari punca lain seperti:

  • Strok atau angin ahmar
  • Tumor pada bahagian cerebellum
  • Migrain
  • Multiple sclerosis

Simptom-simptom Vertigo

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaanya akan merasa seperti:

  1. Rasa seperti berpusing-pusing

Kepala berpusing: Kepala rasa seperti berpusing-pusing.
Gambar 2: Kepala rasa seperti berpusing-pusing

Pesakit vertigo akan merasa diri seperti berpusing-pusing atau keadaan sekelilingnya yang berpusing.

2. Rasa tidak stabil ketika berjalan

Kepala berpusing: Rasa tidak stabil ketika berjalan
Gambar 3: Rasa tidak stabil ketika berjalan

Ketika berjalan, seseorang itu akan hilang kestabilan diri seolah terhuyung-hayang adn sukar untuk berjalan.

3. Rasa loya dan muntah

Kepala berpusing: Rasa loya dan muntah
Gambar 4: Rasa loya dan muntah

Vertigo yang berlaku menyebabkan rasa loya dan muntah

4. Penglihatan mata menjadi kabur

Kepala berpusing: Penglihatan mata menjadi kabur

Gambar 5: Penglihatan mata menjadi kabur

Penglihatan mata akan menjadi tidak normal dan hilang daya fokus secara tiba-tiba.

Terdapat beberapa simptom yang berbahaya iaitu:

  • Vertigo bereterusan
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran
  • Sakit telinga yang melampau

Kesimpulannya, mengalami masalah ini secara berpanjagan tidak boleh dipandang dengan remeh kerana boleh membawa implikasi yang sangat teruk pada jangka lama. Anda perlu mendapatkan rujukan daripada pusat kesihatan terdekat untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply