Kebiasaanya, masalah ini terjadi ketika seseorang berada di dalam keadaan tidak bergerak, tetapi disebabkan masalah vertigo inilah mereka merasakan dirinya seolah-olah sedang berpusing.
MAKSUD VERTIGO
Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Apa beza vertigo dengan pening/sakit kepala?
Vertigo tidak sama seperti pening kepala biasa. Pening kepala yang biasa selalunya menyebabkan kepala seseorang itu menjadi ringan, rasa nak pengsan dan sebagainya.
Dan ia biasanya boleh terjadi akibat daripada gangguan telinga, gangguan sistem vestibular atau terdapat kecederaan pada bahagian-bahgian otak yang tertentu.
Mengikut statistic, risiko mengalami vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan wanita berisiko 3 kali lebih tinggi untuk mengalami vertigo berbanding lelaki.
GEJALA KEPALA MELAYANG
1. Rasa berpusing
– Pesakit akan mengadu bahawa persekitaran mereka akan kelihatan berpusing-pusing.
2. Pening
– Disebabkan persekitaran berpusing-pusing, pesakit akan merasa pening.
3. Loya & muntah
– Pesakit akan menjadi loya dan muntah.
4. Ketidakseimbangan
– Apabila pesakit pening dan rasa berpusing, mereka akan menjadi tidak seimbang dan berisiko untuk jatuh.
5. Penglihatan kabur
– Penglihatan juga kan menjadi kabur dan kurang jelas.
6. Sukar berjalan
– Pesakit akan mengalami kesukaran untuk berjalan kerana tiada keseimbangan.
FUNGSI FISIOTERAPI DALAM MERAWAT PESAKIT VERTIGO
Jika pesakit mengalami masalah vertigo, hendaklah berjumpa dengan doktor dahulu untuk kepastian dan mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian. Kebiasaanya, doktor akan merujuk pesakit kepada bahagian fisioterapi untuk rawatan selanjutnya.
Antara fungsi fisioterapi dalam menyelesaikan masalah vertigo adalah :
– Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala
– Meningkatkan kestabilan pandangan
– Keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan boleh ditingkatkan dengan baik
– Meningkatkan kecergasan dan daya tahan
– Mengurangkan risiko jatuh
Jadi jika anda mengalami masalah vertigo, segera berjumpa doktor dan ikuti nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk memulihkan anda dari masalah vertigo!- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.