fbpx
Gambar 1 : Pesakit vertigo

Anda kerap kali rasa pening dan nampak persekitaran anda seperti berpusing-pusing? Awas anda berkemungkinan menghadapi masalah vertigo.

Kebiasaanya, masalah ini terjadi ketika seseorang berada di dalam keadaan tidak bergerak, tetapi disebabkan masalah vertigo inilah mereka merasakan dirinya seolah-olah sedang berpusing.

MAKSUD VERTIGO

Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.

Apa beza vertigo dengan pening/sakit kepala? 

Vertigo tidak sama seperti pening kepala biasa. Pening kepala yang biasa selalunya menyebabkan kepala seseorang itu menjadi ringan, rasa nak pengsan dan sebagainya.

Vertigo boleh terjadi akibat daripada gangguan telinga, gangguan sistem vestibular atau terdapat kecederaan pada bahagian-bahgian otak yang tertentu.

Mengikut statistic, risiko mengalami vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan wanita berisiko 3 kali lebih tinggi untuk mengalami vertigo berbanding  lelaki.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

SIMPTOM VERTIGO

Gambar 2 : Pesakit rasa berpusing

1. Rasa berpusing

– Pesakit akan mengadu bahawa persekitaran mereka akan kelihatan berpusing-pusing.

Gambar 3 : Pesakit rasa pening

2. Pening

  – Disebabkan persekitaran berpusing-pusing, pesakit akan merasa pening.

Gambar 4 : Pesakit rasa loya dan muntah

3. Loya & muntah

 – Pesakit akan menjadi loya dan muntah.

Gambar 5 : Pesakit rasa ketidakseimbangan

4. Ketidakseimbangan

 – Apabila pesakit pening dan rasa berpusing, mereka akan menjadi tidak seimbang dan berisiko untuk jatuh.

Gambar 6 : Penglihatan pesakit kabur

5. Penglihatan kabur

 – Penglihatan juga kan menjadi kabur dan kurang jelas.

Gambar 7 : Pesakit sukar berjalan

6. Sukar berjalan

 – Pesakit akan mengalami kesukaran untuk berjalan kerana tiada keseimbangan.

FUNGSI FISIOTERAPI DALAM MERAWAT PESAKIT VERTIGO

Jika pesakit mengalami masalah vertigo, hendaklah berjumpa dengan doktor dahulu untuk kepastian dan mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian. Kebiasaanya, doktor akan merujuk pesakit kepada bahagian fisioterapi untuk rawatan selanjutnya.

Antara fungsi fisioterapi dalam menyelesaikan masalah vertigo adalah :

–       Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala

–       Meningkatkan kestabilan pandangan

–       Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan

–       Meningkatkan kecergasan dan daya tahan

–       Mengurangkan risiko jatuh

Jadi jika anda mengalami masalah vertigo, segera berjumpa doktor dan ikuti nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk memulihkan anda dari masalah vertigo!

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#pening #berputar-putar #sakit_kepala #melayang #benda_berpusing #tidak_stabil #penglihatan_kabur #sukar_berjalan #rasa_berpusing #persekitaran_bergerak