Kenapa pula sakit sendi pinggul ini menyebabkan sakit dan kebas hingga ke kaki?
Otot Piriformis
Pirifomis adalah otot kecil yang terletak di dalam punggung (di belakang gluteus maximus).
Otot piriformis:
- Bermula pada tulang belakang bahagian bawah dan bersambung ke permukaan atas setiap femur (tulang paha)
- Fungsinya adalah untuk membantu memusingkan pinggang dan menggerakkan kaki ke luar
- Melalui secara menyerong, dengan saraf sciatic yang secara menegak di bawahnya
Saraf skiatik ini bermula dari tulang belakang bahagian Lumbar kemudian turun ke bahagian punggung dan seterusnya ke kaki sehingga ke tumit. Ini bermakna, saraf skiatik ini adalah satu saraf yang penting bagi bahagian bawah badan manusia seperti mana kita tahu bahawa fungsi saraf adalah untuk mengintegrasi rangsangan yang diterima untuk diproses oleh otak dan memberi maklum balas kepada otot untuk bertindak.
Penyebab Sindrom Piriformis
Penyebab sebenar sindrom piriformis tidak diketahui. Antaranya termasuklah:
- Kekejangan otot dalam otot piriformis, sama ada disebabkan iritasi otot piriformis itu sendiri, atau iritasi struktur berdekatan seperti sendi sacroiliac atau pinggul
- Mengetatkan otot, sebagai tindak balas kepada kecederaan atau kekejangan
- Bengkak pada otot piriformis, disebabkan kecederaan atau kekejangan
- Perdarahan di kawasan otot piriformis.
Mana-mana satu atau gabungan masalah di atas boleh menjejaskan otot piriformis (menyebabkan sakit sendi pinggul) dan boleh menjejaskan saraf sciatic bersebelahan (menyebabkan kesakitan, kesemutan, atau kebas di belakang paha, betis, atau kaki).
Gejala Sindrom Piriformis
Lazimnya, pesakit menggambarkan tenderness di bahagian punggung dan sakit seperti sciatica (kebas) di belakang paha, betis dan kaki. Gejala lain sindrom piriformis termasuk:
- Sakit di bahagian punggung
- Kebas dan sakit di belakang paha, betis dan kaki (sciatica)
- Sukar ketika berjalan naik tangga dan rasa sakit
- Sakit akan bertambah selepas duduk yang berpanjangan
- Pergerakan sendi pinggul akan berkurangan
Apa Fisioterapi Boleh Bantu
Kecederaan pada otot piriformis boleh dirawat dengan urutan juga dan terapi senaman (excersice therapy). Walaubagaimanapun, seseorang memerlukan pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan punca sebenar kecederaan yang dialami. Setiap orang berbeza dari segi punca kesakitannya.
Selain itu, untuk mengelakkan daripada mengalami kecederaan seperti ini, anda dinasihatkan untuk kerap melakukan senaman yang boleh merangsang penggunaan otot Piriformis agar ia tidak mudah mengalami bengkak, tegang atau cedera. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah.
Selamat mencuba.
“KEKAL SIHAT BERSAMA FLEX”
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.
kekasih saya mengalami masalah ini selepas dia melahirkan anak.adakah ini normal???
Bila melahirkan anak, otot di sekitar pinggul akan terkesan sekali dan mungkin menyebabkan saraf tersepit.
Pingul sy sakit peha tepi sakie n betis bahagian tepi pon sakit.. Kaki bwh kebas… Apa jenis ubat yg saya perlu ambil?
Bila kaki dah rasa kebas, ada saraf yang dah terhimpit. Mungkin saraf di pinggul ataupun saraf di bahagaian tulang belakang. Untuk pengesahan, cik boleh buat MRI ataupun check dengan fisioterapi. Saya lebih sarankan cik buat rawatan fisioterapi secara berkala daripada makan ubat sebab ubat ni hanya tahan buat sementara tapi bila buat rawatan fisioterapi, sakit akan berkurangan dan susah untuk sakit kembali.
Saya mengalami sakit dibahagian pinggul mungkin akibat angkat katil.. Saya telah buat pemeriksaan doctor pakar orthopedic.. Mri telah pun saya lakukan..Terdapat sedikit slip disc dibahagian tulang belakang.. Tetapi saya sakit yang amat sangat dibahagian pinggul.. Sehinggakan nak bangun atau pusing pun terasa sakitnya… Saya tidak boleh duduk kerana terasa sakit dan macam ada sesuatu menghempap di bahagian punggung.. Saya telah melakukan physio sebanyak 2 kali tetapi keadaan saya tidak beransur pulih..Bahkan doctor sarankan saya buat injection dia dua bahagian iaitu bahagian punnggung dan pinggang.. Ada tak cara lain utk saya selain dari injection?
Oh, ok cik. Biasanya pesakit slip disc ni akan rasa sakit bukan di bahagian belakang sahaja tapi di bahagian punggung sehingga kaki. Sebabnya, otot di sekitar belakang cik yang terkena slip disc tu dah tertarik/tegang sehingga di bahagian punggung. Lama kelamaan akan rasa lenguh dan sakit di bahagian kaki juga. Saya sarankan untuk cik teruskan senaman yang diajar oleh fisioterapis. Jangan tinggal dan buat semasa waktu sesi fisioterapi sahaja. Senaman bagus untuk membuatkan otot jadi fleksibel semula. Injection ni boleh tahan sekejap sahaja. Mungkin dalam tempoh masa 3-6 bulan kemudian sakit akan rasa kembali.
Saya rase skit mula dari tumit,betis,skrng dh dibahagian peha.tapak kaki rasa panas tapi kejap2 je.ygpaling sakit di betis,
Ooo..Macam ni cik. Mungkin punca sakit tu dari tumit. Bila dah sakit tumit, memang betis dan paha akan terasa kesan sekali. Betis akan makin sakit bila setiap hari kita banyak berjalan. Saranan saya untuk cik lakukan senaman regangan untuk betis sekurang-kurangnya sebelum dan selepas tidur untuk mengelakkan kejang otot sewaktu tidur. Lama-kelamaan jika sakit tu dibiarkan, cik akan rasa sakit di belakang pinggul dan mungkin kaki sebelah lagi juga akan rasa sakit.
Saya sering rasa sakit di pinggul.. Tapi kadang2 ja.. Rasa macam nak duduk atas kerusi tapi tiba2 org tarik kerusi and kita terhempas ke lantai.. Rasa macam tu. Apa punca sakit ini? Dan adakah sakit yang saya rasa ini berbahaya?
Saya pernah jatuh terduduk masa ice skating. Kaki saya terlipat dan kasut roda terhentak bhgn pinggal. 2minggu drpd jatuh saya xboleh bangun dr katil secara terus pagi2 sebab kaki easa sakit n kebas sgt.Saya kene tunggu dlm 20min baru boleh bgn mcm biasa. Lps 2wks da rs ok dan saya xjumpa doc. Kesannya slps lebih 10 tahun pun sy masih rs sakit tu berkala terutamanya masa sarat mengandung, buat kerj berat. Sakit smpai ke betis. Ada ciri2 kecederaan otot ke?
Ni sakit yg saya rasa sekarang ni…ada ke ubat untuk sakit ni?
Sejak lahirkn anak kedua .. bile kerap dukung baby .. sy akn rase sakit disatu piont di bahagian punggung kiri.. sakit tu akn dtg selepas sy dungkung ank. Tp sakit makin melarat skrg ni.. apa bile sy naik basikal yg tinggi sambil dikung ank.. ade satu mase tu bile nk terjatuh ..sy sempan panjangkn kaki kiri sy utk menahan dr jatuh basikal.. sehingga kaki saye jd panjang sebelah kiri .. rase die amat sakit dr punggung hingga ke betis.. jln pn sengat da jike saya dukung anak walau dlm keadaan tempang ini. Badan sy akk jd makin mengbukung .. is mmg tak selesa rase penat membongkok.. setelah tido mlm..dan pagi bangun baru la sakit berkurang da tak bongkok.. soalan sy.. ada kah ape yg saya alami akn sembuh .. sbb sy stress bile sy tak dpt melakukan senaman seperti jogging dan zumba .. risau sgt .. sakit selama sebulan ni membuat kn berat badan sy naik.. bantu la sy
Saya kebas² dari bahagian punggung sblh kanan hingga ke kaki….sekarang ni bahagian jari² kaki dan pergelangan kaki saya tidak boleh di gerakan ke atas dan kebawah….adakah kebas2 ni akan pergi ke bahagian² lain maksud saya akan naik kebas ke bhgn tangan atau tmpt lain lagi….apakah yg perlu saya lakukan
Saya mengalami sakit bahagian pinggul menjalar hingga kaki. Sudah hampir 3 bulan, tapi paling teruk minggu ini, tpt fisioterapi jauh dr rumah saya. apa perlu saya buat
A. ambil injection di klinik swasta
B. beli ubat di farmasi
C. atau ada pdpt lain
Slmt ptg sya rasa sakit bhg pinggul paha lutut dan betis sejak sya terjatuh teduduk sya
Ada buat rawatan cina punya
Urutan bhg blkg tpi sampai skg
Ni masi lagi sakit sya Boleh guna tongkat tpi kenayatan kaki sebelah susah mau berjln
Kecuali tegak tarik nafas baru
Boleh tu pun kna jln
Suami sy sakit pinggang kerana angkt benda berat, skrg pinggul dan paha kiri sakit serta kebas. Adakah itu Slip disc?
Bbrapa hari kebelakangan ini sy merasa sakit bhgn pinggul shingga ke tapak kaki.. Rsa kebas Dan x selesa.. Apa yg sy perlu laku kan..
Saya sedang alami sakit ini sekarang. Memang perit selepas banyak berjalan dan naik tangga. Saya kerap menggunakan yoko2 untuk mengurangkan kesakitan. Terima kasih kepada admin share maklumat ini. Nanti nak try cara senaman seperti di atas. Saya sudah 2 hari MC
Cik boleh cuba lakukan regangan, seperti hamstring stretching. Regangan ni membantu untuk kurangkan rasa sakit dan mengelakkan saraf tersempit.
Itu adalah tanda2 slip disc tapi untuk nak tahu sakit lebih details, cik boleh pergi jumpa doktor untuk x ray.
kalau amik injection dan ubat, dia akan bertahan sekejap sahaja. Sakit akan datang balik. Saya sarankan cik cuba rawatan fisioterapi untuk pemulihan dan dapatkan kesan dalam jangka masa yg panjang. InshaAllah cik boleh cuba dulu. Biasanya dalam rawatan sesi 1 dan 2 dan boleh rasa perubahan
Assalamualaikum kmalngn motosikal 2015.dan disahkan dktor pakar ada Pid. Pd 2018 jatuh dari tembok 4 tggi kaki secara terduduk.pada 2019 terasa amat sakit dan tdk dpt bjalan spt org lain.dan skg ni dlm otot pinggul ada ketulan sebesar ibu jari tgn. Amat2 sakit.
biasanya kat mana nak dapatkan rawatan fisioterapi. kalau kat johor kat mana iya.
saya skrang rsa sakit di antara pinggang dengan pingul.. bila berjlan atau duduk terlalu lama saya akan sakit tercucuk cucuk sebelah pingul.. sakitny tak tertahan
Terasa sakit di bahagian pinggul apabila mula berjogging,, tapi bila dh selesai jogging,, seakan sukar untuk melangkah kaki,, sakit jadi makin teruk.
Saya sudah mengalami sakit di bahagian tengah belakang, pinggul sampai ke pergelangan kaki di kedua-dua belahnya. Rasa sakit pinggang yang teramat sangat, kebas dan lenguh2 hingga ke kaki. Saya sudah tak boleh berdiri lama dan berjalan jauh. Berjalan tak sampai 15 minit pun pada sebelah malam semua angggota badan yang saya sebutkan tadi tu sakit dan lenguh-lenguh membuatkan saya susah nak tidur. Kadang-kadakg lutut di sebelah kiri juga rasa sakit.
Saya merasakan sedikit kesakitan ketika rukuk(Solat). Kesakitan dirasai dari punggung sebelah kiri hingga sebahagian paha sahaja. Untuk melegakan kesakitan ketika rukuk saya terpaksa membengkuk kan kaki kiri sedikitdan. Saya tidak mempunyai masalah ketika duduk,baring berjonging atau merasa kebas. Adakah ini salah satu tanda penyakit Piriformis?
Saya berasa lenguh di bahagian pinggang hingga kaki kiri. Kadang terasa kadang takterasa pun. Adakah ia hanya urat atau apa? Waktu tidur sy tkselesa dsbbkan lenguh. Waktu harian sy biasanya takde terasa pun. Kenapa ye?
Tulang bahagian pinggul saya sakit selepas tergelincir jatuh kebahagian belakang badan,sehingga kan ia merumitkan kerja harian saya. Apakah yang patut saya buat?
saya rasa seperti perit serta tegang pada pangkal paha dan pinggul serta kadang2 kebas
Saya saya dr piggul paha hingga ke buku lali kaki..saya tidak boleh dduk lama,saya xboleh berdiri lama..rasa lenguh dibhgian paha,btis dan buku lali..sya dh pergi klnik..ujian air kencig kotor,apa y harus saya buat doktor
Saya Lepas bersalin ank ke 3baru 4 Bulan,dari dlm pantang Dalam betis Kiri sebelah luar setiap Malam mencucuk-cucuk,belakang punggung saya ada satu saya taktau la otot ke urat Yang terasa ketulannya sebesar Hari kelingking,Dan urat atas pinggul Kiri sy juga sakit jadi sy tidak boleh tidur mengiring Kiri atau kanan…sy ade pergi fisio tapi baru 2 Kali Dan sekadar diberi terapi selimut panas Dan penggunaan patches elektrik pada tempat sakit…apakan suplemen Dan senaman Yang boleh mengurangkan sakit saya…memang sy berjalan senget..
Kenapa belakang saya sakit dan terus ke peha dan saya cepat letih. Apa masalah yaa
Saya mengalami rasa sengal dan tidak selesa di bahagian kaki kiri, dari hujung kaki hingga punggung.. ianya kerap terjadi terutamanya ketika saya baring… boleh saya tahu adakah ianya akan memberi kesan yang buruk kepada saya? Mohon kongsikan tips untuk kurangkan rasa sakit..
saya mengalami sakit bahagian dalam otot pinggul, kadang-kadang rasa menyucuk-nyucuk tajam, kadang-kadang sebelah kanan lepas elok sikit sebelah kiri pula sakit. sudah 8 bulan sakit, doktor kata sakit otot mungkin otot piriformis. Rasa tegang dan rasa panas selang seli bila sakit itu datang. pergerakan saya seharian normal tetapi bila duduk dan tidu akan terasa sakit. mohon pandangan dan solusi rawatan.
Hai ..nak Tanya..saya didapati mengalami sakit sciatica..Dan disarankan membuat physiotherapy..masalahnyer selepas setiap Kali membuat physiotherapy..sakit makin bertambah..tapi sakitnyer semakin Hari semakin menurun..contoh sebelum nie sakit seluruh kaki..sekarang sakit Dr belakang peha hingga kaki..tapi sakitnyer lebih sebelum nie..adakah ia normal