Anda kerap sakit kepala?
Semua masalah ini berpunca daripada leher. Posisi/postur leher yang salah ketika bekerja menyebabkan leher anda sakit. Lama kelamaan otot leher akan menjadi keras dan tegang, sebab itulah sakit tersebut sampai naik ke kepala.
3 CARA UNTUK KURANGKAN MASALAH SAKIT LEHER SEKALI GUS MENGHILANGKAN RASA SAKIT KEPALA ANDA
1. Penggunaan pek panas dan pek sejuk
Pek sejuk dapat mengurangkan keradangan di kawasan leher yang sedang sakit. Manakala pek panas pula dapat melancarkan peredaran darah dan dapat mengurangkan lenguh2 pada leher.
2. Postur yang betul
Semasa menggunakan gajet atau komputer, peralatan tersebut hendaklah pada paras mata, tidak membongkok hingga boleh membebankan leher.
Semasa mahu tidur, Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher. Kita juga Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama.
3. Lakukan regangan dan urutan
Senaman regangan penting untuk melembutkan otot yang tegang. Lakukan setiap sejam ketika anda sedang bekerja. Ini adalah untuk memastikan otot dalam keadaan lembut dan tidak tegang.
Rawatan urutan juga membantu untuk melembutkan otot-otot yang tegang di kawasan leher. Ianya juga dapat membantu anda lebih relaks.
RAWATAN FISIOTERAPI
Rawatan fisioterapi juga membantu dalam mengurangkan sakit leher.
Antara tujuan Rawatan Fisioterapi
1. Untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
2. Untuk menguatkan otot leher
3. Untuk mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala
4. Untuk meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala
5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit
6. Untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pencegahannya.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.