fbpx Skip to main content

Upper cross syndrome adalah salah satu sindrom (kumpulan gejala) yang disebabkan ketidakseimbangan otot. Ketidakseimbangan otot ini sering disebabkan postur badan yang tidak bagus atau dengan kata mudahnya bongkok. Pada orang yang memiliki postur tubuh atas yang normal, telinga dan bahu terletak dalam satu garis lurus. Manakala, orang yang mengalami upper cross syndrome, kepala ke depan dan badan membongkok.

Upper cross syndrome berlaku apabila ketidakseimbangan antara otot di leher, bahu, dan dada menjadi lemah dan ketat yang membentuk ‘X’.

Badan dan Kepalaku Bongkok Ke Depan

Otot upper trapezius dan levator scapula, yang merupakan otot belakang bahu dan leher menjadi sangat tegang. Kemudian, otot-otot di bahagian depan dada, dipanggil pectoralis major dan minor, menjadi ketat dan memendek.

Sebab-sebab Berlakunya Upper Cross Syndrome

Keadaan ini sering kelihatan pada mereka yang selalu:

  • Menggunakan komputer riba, komputer atau telefon pintar
  • Membaca
  • Menonton TV
  • Memandu
  • Berbasikal
  • Dalam jangka masa panjang, keadaan ini boleh menyebabkan perubahan kekal pada struktur tulang belakang leher dan “thoracic”.

Simptom

Ciri-ciri umum upper cross syndrome (bongkok) termasuk:

  • Keadaan kepala dalam kedudukan ke hadapan.
  • Sakit di bahagian atas dan bahu, sakit leher, kepala.
  • Masalah dengan duduk membaca atau menonton TV.
  • Memandu untuk tempoh yang panjang.
  • Pergerakan terhad di leher dan bahu.

Fakta-fakta Upper Crossed Syndrome

  1. Penyebab utama adalah postur kepala yang tidak betul ketika melakukan tugas berulang, seperti penggunaan computer, kerja pejabat, duduk atau berdiri yang lama.
  2. Simptom lain termasuklah kekejangan otot leher dan bahagian atas belakang badan (1/3 badan) atau sakit.
  3. Rawatan utamanya adalah dengan menguatkan otot yang lemah dan meregangkan otot yang ketat.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply