Tempoh rehat & imobilisasi adalah diperlukan bagi proses penyembuhan tulang yang patah. Ia bertujuan mengurangkan risiko komplikasi kepatahan tulang.
Akan tetapi, 5 – 10% daripada kes patah tulang gagal untuk sembuh sepenuhnya dalam tempoh yang dianggarkan, walaupun sudah menjalani dengan prosedur ortopedik ‘standard’.
2 Jenis Komplikasi Pemulihan Tulang Patah
Kepatahan tulang ‘malunion’ & ‘non-union’ merupakan 2 jenis komplikasi yang boleh terjadi semasa proses penyembuhan tulang. Perkara ini boleh berpunca akibat terjadinya trauma yang teruk & jenis patah yang kompleks pada tulang.
Patah ‘Malunion’
‘Malunion’ berlaku apabila tulang patah telah sembuh tetapi berada dalam posisi abnormal.
Antara simptom-simptom malunion yang mungkin terjadi ialah:
-fungsi anggota badan yang terlibat berkurangan
-ketidakselesaan
-rasa sakit
-bengkak
-lebam
Kes ‘malunion’ tidak semestinya memerlukan rawatan atau pembedahan kerana tidak semua akan menyebabkan kecacatan fungsi anggota. Tetapi jika perubahan ‘alignment’ tulang itu terlalu teruk & menyebabkan kerosakan, rawatan pembedahan perlu dilakukan.
Patah ‘Non-union’
Patah ‘non-union’ adalah situasi apabila tulang yang patah gagal untuk sembuh dalam tempoh kebiasaannya. Sesetengah kes patah tulang memerlukan masa sehingga 9 bulan untuk sembuh. Namun, tiada sebarang tanda-tanda kemajuan untuk sembuh sepanjang tempoh ini, besar kemungkinan ianya adalah patah ‘non-union’. Ini berlaku apabila tubuh anda tidak menghasilkan tisu-tisu yang diperlukan dalam proses pemulihan itu.
Antara simptom-simptom patah ‘non-union’ ialah:
-fungsi anggota badan yang terlibat berkurangan
-ketidakselesaan
-rasa sakit
-bengkak
-lebam
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.