fbpx
Gambar 1 : tips elakkan sakit leher

Sakit leher adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Statistik sakit leher di Malaysia menunjukkan lebih daripada 17% wanita dan 12% lelaki selalu mengalami sakit ini.

Kebiasanya apabila sakit leher,aktiviti harian akan terganggu. Contohnya, hilang fokus semasa bekerja atau melakukan aktiviti lain.

Maka terdapat beberapa tips untuk elakkan sakit leher ini berterusan.

Ingin lihat rawatan berjaya pulih kami merawat pesakit? KLIK DISINI

TIPS UNTUK ELAKKAN SAKIT LEHER

1) Posisi tidur yang betul

Gambar 2 : Posisi tidur betul

Posisi tidur ada 3 cara :

i)  Melentang

Anda mestilah meletak bantal di kepala dan di bawah lutut ketika tidur melentang untuk elakkan sakit leher serta tidak memberi tekanan kepada leher.

ii) Mengiring

Manakala, jika anda ingin tidur sambal mengiring ke kiri atau kanan, anda mestilah meletak bantal di antara kaki (lutut) untuk sama paras tulang kaki kanan dan kiri.

iii) Meniarap

Jika kalau anda suka meniarap ketika tidur, anda boleh seperti biasa tetapi gaya tidur tidak digalakkan bagi orang mempunyai sakit belakang.

Gambar 3 : Pemilihan bantal ketika tidur

2) Pemilihan bantal ketika tidur

Pemilihan bantal sangat penting kerana bantal juga memberi kesan kepada sakit leher. Anda mesti memilih bantal yang tidak terlalu tinggi atau rendah dari paras bahu anda. Bantal yang sama rata dengan tulang belakang anda. Pastikan anda rasa selesa dengan bantal tersebut.

3) Regangan leher

Gambar 4 : Upper trapezius trap

a. Stretching Upper Trap

Anda haruslah duduk di atas kerusi dan bersada di kerusi. Jika leher yang sakit di sebelah kanan, tangan di sebelah kiri akan pegang kepala dan tarik ke kiri. Ketika melakukan regangan ini mestilah kedudukan berada dalam keadaan tegak.

Regangan ini anda mesti menahan dalam 3 sampai 5 saat ketika menarik kepala. Ulang regangan ini sebanyak 7 kali.

Gambar 5 : Chin Tuck

b. Chin Tuck

Regangan kedua adalah anda mesti duduk di kerusi atau berdiri tegak dan meletak dua jari di dagu. Apabila meletak dua jari di dagu, tarik kepala ke belakang dan tahan.

Regangan ini anda mesti menahan dalam 3 sampai 5 saat ketika menarik kepala ke belakang. Ulang regangan ini sebanyak 7 kali.

Gambar 6 : Deep neck flexor with ball

c. Deep neck flexor with ball

Anda mesti letak pilates ball dan selari dengan kepala. Kemudian, menolak kepala ke belakang sehinggalah bola tersebut menjadi kempis sedikit.

Regangan ini pula anda mesti menahan ketika menolak bola tersebut dalam 3 sampai 5 saat ketika menolak kepala ke belakang. Ulang regangan ini sebanyak 7 kali.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#sakit_leher #lenguh_leher #regangan_leher #leher #pedih_leher #kepala #senaman_leher #tidur #posisi_tidur #kerja