Siapa kat sini tak pernah rasa sakit sendi macam mana? Tipu lah kan kalau tak pernah sakit sendi, lebih-lebih lagi mereka yang semakin berumur, kuat melakukan kerja berat, aktiviti bersukan dan lain-lain.
Tapi yang kita tahu sakit sendi ni macam lenguh-lenguh, sakit urat dan macam-macam lagi lah. Tapi betul ke apa yang kita sangka kan? Haaaaa
Apa Itu Sakit Sendi
Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membenarkan pergerakan. Sebagai contoh, sendi di bahagian bahu, siku, lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari tangan serta kaki.
Sakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis. Sakit sendi atau keradangan sendi merupakan gejala kepada lebih 100 penyakit yang berkaitan dengan sendi.
Simptom- Simptom Sakit Sendi:
- Sendi rasa tegang
- Sendi bengkak dan merah
- Pergerakan sendi yang terhad
- Sendi tersekat (locking)
Antara punca-punca sakit sendi adalah disebabkan oleh:
Faktor umur.
Umur yang semakin meningkat akan menyebabkan kawasan sendi menjadi semakin tidak berfungsi.
Faktor jantina.
Kebanyakan masalah ini selalunya berlaku pada kaum wanita.
Berat badan yang berlebihan.
Lebihan berat badan akan memberi tekanan yang lebih kepada sendi dan ianya boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan-kawasan sendi tersebut. Contohnya di bahgian sendi pinggang, lutut dan pergelangan kaki.
Berlebihan bebanan semasa kerja.
Jika seseorang itu membuat kerja yang berlebihan seperti mengangkat barang yang berat, ia boleh mencederakan kawasan sendi yang boleh menyebabkan sakit sendi ini berlaku.
Kecederaan pada sendi
Kecederaan yang lepas pada sendi seperti ligament yang koyak akan menyebabkan sendi tersebut tidak stabil dan kecederaan yang seterusnya akan lebih mudah berlaku.
Cara Rawatan Sakit Sendi
1. Rehat yang cukup
Sakit yang ringan boleh di redakan dengan rehat secukupnya. Sendi terlibat direhatkan dari sebarang aktiviti dan pergerakan.
2. Ubat tahan sakit
Jika sakit agak terus, pesakit akan diberikan ubat tahan sakit untuk merawat kesakitan terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan sendiri ubat tahan sakit seperti paracetamol di farmasi berhampiran.
3. Pek ais atau haba
Anda boleh cuba letakkan pek ais atau pek panas di bahagian yang sakit. Ais boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada sendi. Letakkan pek ais pada sendi yang cedera sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Rawatan fisioterapi
Fisioterapi atau terapi manual boleh merawat sakit sendi dengan berkesan. Rawatan ini juga dapat membantu anda menggerakkan sendi dan meningkatkan julat pergerakan sendi. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.