Encik M merupakan seorang guru dan mengalami slip disc yang teruk setahun yang lalu. Sebelum menerima rawatan di Flex Physiotherapy, beliau berjalan menggunakan tongkat dan langkahnya sangat lemah.
Kami faham kesakitan yg ditanggung oleh Encik M dimana setiap hari terpaksa naik turun tangga untuk mengajar beberapa kelas dalam keadaan sakit belakang.
Tambahan lagi Encik M banyak berdiri. Kerap kali kaki beliau terasa kebas dan banyak kali tepaksa MC sebab tidak boleh bangun di waktu pagi.
Encik M telah menjalani rawatan di sebuah hospital berhampiran selama setahun.
Oleh kerana pemulihan beliau tidak banyak perubahan, doktor mencadangkan agar beliau menjalankan pembedahan slip disc.
[#KISAH_BENAR TENTANG CIKGU #SAKIT_BELAKANG]
Encik M tidak mahu mengalah dan mencari pilihan lain untuk mendapatkan rawatan lanjut sehinggalah berjumpa dengan pusat rawatan kami di Flex Physiotherapy.
Kami amat yakin dengan izin Allah masalah slip disc boleh dipulihkan melalui kaedah fisioterapi.
Encik M amat gembira kerana kami menyediakan perkhidmatan terapis one to one basis dan rawatan secara intensif.
Encik M sangat disiplin orangnya. Setiap temujanji beliau pasti datang utk melakukan rawatan fisioterapi.
Alhamdulilah rezeki Encik M. Setelah 3 sesi fisioterapi beliau dah boleh bangun pagi dengan selesa.
PROGRESS SELEPAS SESI RAWATAN
Setelah sesi ke 5 beliau dah boleh naik tangga tanpa rasa sakit.
Cuma kami nasihatkan Encik M bahawa keadaan tulang belakang belum cukup stabil maka beliau perlu teruskan rawatan fisioterapi beberapa sesi lagi bagi memantapkan otot disekeliling tulang belakang.
Alhamdulillah. Setelah selesai 8 sesi rawatan fisioterapi, Encik M kini semakin ceria kerana telah pulih dan sangat selesa turun naik tangga. Encik M juga boleh melakukan aktiviti ko kurikulum di sekolah beliau.
Sekarang, Encik M dah boleh berdiri lama dan boleh berjalan jauh tanpa sakit. Kebas pada kaki pun dah hilang.
Walaubagaimana pun kami sentiasa menasihati Encik M agar elakkan melakukan beberapa perkara bagi menjaga tulang belakang.
Kami juga ajarkan beberapa senaman ringkas yag boleh dilakukan sendiri di rumah.
Kami sentiasa mendoakan Encik M sihat dan gembira disamping keluarga tersayang.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.