Wanita suka meletakkan banyak barang dalam beg tangan tanpa mengetahu risiko membawa beg tangan yang sangat berat di bahagian bahu.
Inilah kesan buruknya !
1. Pembentukan otot bahu yang tak seimbang
Selalu bawa beg tangan akan memberi tekanan pada otot bahu yang dominan untuk membesar berbanding satu lagi.
2. Kebas dan lenguh
Bebanan yang terlalu berat untuk jangkamasa yang lama boleh mengejangkan otot dan akan menyebabkan leher kebas dan lenguh. Ini akan memudahkan anda mengalami stress tanpa sedar.
3. Sakit kepala
Oleh kerana bahagian bahu dan leher berhubungan, ia akan menghantar signal dan akan menyebabkan anda sakit kepala. Sebaiknya jika anda membawa beg berat, jinjing dan bukannya galas.
4. Mempengaruhi Gaya Berjalan
Kesan lain yang akan mengganggu anda adalah gaya berjalan yang pelik. Apabila anda berdiri tegak, anda mendapati diri anda menjadi cepat letih. Berjalan juga menjadi tidak seimbang.
5. Perubahan Postur
Bahu akan menjadi yang tidak selari antara kiri dan kanan. Hal ini kerana anda membawa beg tangan yang berat pada satu sisi sahaja. Bahu yang anda kerap membawa beg tangan akan turun sedikit berbanding bahu sebelah lagi dan postur lebih bongkok.
Jadi, sebaiknya anda mengurangkan barangan di dalam beg tangan anda jika mahu ke mana-mana. Berat maksimum beg tanganseharusnya hanya 10% dari berat badan anda. Sebagai contoh, bila berat badan anda 50kg, berat beg tangan tak boleh melebihi 5kg.
Penggunaan beg tangandengan tali (strap) berdiameter yang lebar adalah lebih baik. Dan jangan lupa, untuk tidak selalu meletakkan beg tangan di sebelah bahu sahaja. Tukar pada sebelah bahu yang lain setiap 30 minit bagi mengimbangi otot bahu.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.