fbpx

Ketahui Kesan Buruk Bawa Beg Tangan Berat Di Bahu


Wanita suka meletakkan banyak barang dalam beg tangan tanpa mengetahu risiko membawa beg tangan yang sangat berat di bahagian bahu.


Inilah kesan buruknya !


1. Pembentukan otot bahu yang tak seimbang

Selalu bawa beg tangan akan memberi tekanan pada otot bahu yang dominan untuk membesar berbanding satu lagi.


2. Kebas dan lenguh

Bebanan yang terlalu berat untuk jangkamasa yang lama boleh mengejangkan otot dan akan menyebabkan leher kebas dan lenguh. Ini akan memudahkan anda mengalami stress tanpa sedar.


3. Sakit kepala

Oleh kerana bahagian bahu dan leher berhubungan, ia akan menghantar signal dan akan menyebabkan anda sakit kepala. Sebaiknya jika anda membawa beg berat, jinjing dan bukannya galas.



Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI


4. Mempengaruhi Gaya Berjalan

Kesan lain yang akan mengganggu anda adalah gaya berjalan yang pelik. Apabila anda berdiri tegak, anda mendapati diri anda menjadi cepat letih. Berjalan juga menjadi tidak seimbang.


5. Perubahan Postur

Bahu akan menjadi yang tidak selari antara kiri dan kanan. Hal ini kerana anda membawa beg tangan yang berat pada satu sisi sahaja. Bahu yang anda kerap membawa beg tangan akan turun sedikit berbanding bahu sebelah lagi dan postur lebih bongkok. 




Jadi, sebaiknya anda mengurangkan barangan di dalam beg tangan anda jika mahu ke mana-mana. Berat maksimum beg tanganseharusnya hanya 10% dari berat badan anda. Sebagai contoh, bila berat badan anda 50kg, berat beg tangan tak boleh melebihi 5kg.


Penggunaan beg tangandengan tali (strap) berdiameter yang lebar adalah lebih baik. Dan jangan lupa, untuk tidak selalu meletakkan beg tangan di sebelah bahu sahaja. Tukar pada sebelah bahu yang lain setiap 30 minit bagi mengimbangi otot bahu.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI