fbpx
Gambar 1 : Golfer Elbow

Golfer’s elbow” atau “medial epicondylitis” adalah kecederaan yang berlaku disebabkan penggunaan berlebihan yang menyebabkan anda berasa sakit pada bahagian dalam siku.

SIMPTOM-SIMPTOM:

❌ Rasa sakit ketika:
– disentuh pada bahagian yang timbul di siku
– melakukan aktiviti menggenggam tangan.
– membengkokkan pergelangan tangan ke bawah sambil melawan bebanan.
– memusingkan pergelangan tangan.
❌ Anda akan berasa lemah pada tangan yang terlibat.
❌ Terjadi secara berperingkat dan menyebabkan anda berasa tidak selesa dengan kekerapan kekakuan yang berlaku sebelum ia menjadi sakit dan hilang fungsi.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Penyebab/ punca

Masalah Golfer’s elbow biasanya berpunca daripada:

Gambar 2 : Pemain Golf


✅ Pergerakan berulang membengkokkan pergelangan tangan, terutama ketika melawan rintangan.

Gambar 3 : Pelontar Peluru


✅ Ia juga boleh terjadi apabila anda melakukan aktiviti melontar.

Gambar 4 : Memasak


✅ Selepas melakukan aktiviti berulang untuk tempoh yang lama.

Gambar 5 : Keradangan

✅ Ia juga boleh berlaku disebabkan tendon otot pergelangan tangan anda pada bahagian dalam siku menjadi radang dan sakit.

Bagaimana fisioterapi membantu?

Saranan fisioterapi untuk melegakan kesakitan dan memudahkan pemulihan seperti berikut;

👉🏻 Rehat atau berhentikan permainan golf atau aktiviti yang menyakitkan buat sementara sehingga kesakitan itu hilang. Ini akan membantu dalam mengurangkan sakit pada siku.
👉🏻 Tuamkan ais atau gosokkan ais untuk mengurangkan bengkak.
👉🏻 Melindungi bahagian itu dengan membalut atau bracing untuk mengurangkan beban pada siku anda.
👉🏻 Membantu pembaikan tisu dengan menggunakan kaedah seperti ultrasound atau laser.


👉🏻 Kinesiotaping membantu dalam melegakan tekanan, merelaksasi otot dan boleh meningkatkan peredaran darah.
👉🏻 Regangan, senaman menguatkan otot secara beransur-ansur dan senaman fleksibiliti adalah sangat berkesan untuk proses pemulihan julat pergerakan dan kekuatan otot kepada asal.
👉🏻 Kembali ke aktiviti secara beransur-ansur.
👉🏻 Ubah peralatan sukan atau pengubahsuaian aktiviti yang menyebabkan kesakitan.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#sakit_siku #sakit #fisioterapi #fisioterapiKelatan #fisioterapiTerengganu #sendi_siku #pedih