fbpx

Gambar 1 : Bongkok

Kifosis adalah kelengkungan tulang belakang. Kifosis yang berkaitan dengan usia sering berpunca dari tulang belakang yang lemah sehingga menyebabkan tulang menjadi mampat atau retak.

Selain itu, kifosis jenis lain pula boleh dialami oleh bayi atau remaja berpunca dari kecacatan tulang belakang atau pengetatan tulang-tulang belakang dari masa ke semasa. Ia boleh berlaku pada semua peringkat usia tetapi lebih sering terjadi dalam kalangan wanita yang lebih tua.

Kifosis ringan boleh menyebabkan masalah dan kifosis yang teruk pula boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan. Rawatan untuk kifosis bergantung kepada umur anda, punca penyakit dan kesan dari kelengkungan tulang belakang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Ia boleh berlaku akibat penyakit kerosakan cakeram iaitu masalah tumbesaran paling kerapnya penyakit Scheuermann, osteoporosis dengan retakan bertekanan pada vertebra, mieloma pelbagai, mahupun kesan sampingan akibat hentakan atau trauma.

Simptom utama kifosis adalah lengkungan ke hadapan yang tidak normal di bahagian atas tulang belakang. Ia menyebabkan bahagian atas belakang anda kelihatan bongkok, dengan bahu dicondongkan ke hadapan.

Dalam kes ringan, lengkungan tulang belakang tidak terlalu ketara. Dalam keadaan lain pula, seseorang mungkin nampak seolah-olah mereka membengkokkan badan ke hadapan.

Simptom-simptom yang anda mungkin alami :

  • Keletihan untuk bernafas seperti biasa.
  • Rasa tidak selesa di dada.
  • Berasa tegang di bahagian atas belakang.
  • Sakit di bahagian belakang, terutamanya di bahagian atas (Kawasan tulang belikat).
  • Serik berasa sakit kepala dan pening.

Rawatan berikut pula boleh membantu melegakan simptom kifosis:

Gamabar 2 : Ubat
  • Ubat boleh melegakan kesakitan, jika perlu.

Gambar 3 : Terapi Fizikal
  • Terapi fizikal boleh membantu membina kekuatan pada otot teras dan belakang.

Gambar 4 : Penyokong Belakang
  • Memakai penyokong belakang. Penyokong tulang belakang boleh didapati di kedai kesihatan atau farmasi dan ia boleh membantu memperbaiki postur tulang belakang, terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja.

Gambar 5 :Pembedahan
  • Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes yang teruk

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#sakit_belakang #sakit #fisioterapi #fisioterapiKelatan #fisioterapiTerengganu #bongkok #belakang