fbpx Skip to main content

Golfer’s elbow merupakan kondisi penyakit yang menyebabkan kesakitan pada benjolan tulang di bahagian dalam siku di mana otot lengan disambungkan dan boleh merebak pada keseluruhan bahagian lengan. Dalam istilah perubatan, ia disebut sebagai medial epicondylitis.

Sakit boleh dirasai semasa penggunaan tangan yang berpanjangan bukan sahaja seperti menghayun batang golf tetapi juga sukan lain seperti memerah atau pitching bola, mendayung, mengetuk, mengecat, berjabat tangan, memutar tombol pintu, mengangkat berat atau menggunakan alat-alat seperti pemutar skru.

Sebab-sebab Golfer’s Elbow

Punca utama ialah pergerakan lengan yang terlalu lama dan berulang-ulang, serta pergerakan pergelangan tangan dan jari yang di paksa. Menggenggam objek terlalu kuat atau terlalu lama dengan lengan dalam kedudukan supinated akan mewujudkan masalah Golfer’s elbow.

Penggunaan otot lengan untuk masa yang lama boleh meletakkan  tekanan terlalu kuat pada tendon yang bersambung dengan otot kepada tulang siku. Ini akan menyebabkan microtear (koyakan kecil).

Jika aktiviti ini berterusan tanpa membenarkan tisu yang tercedera untuk sembuh, tendon tersebut boleh menjadi radang dan akan membawa kepada kemerosotan tisu. Kemerosotan tisu tendon ini akan mengakibatkan serat kolagen menjadi tidak normal dan kehilangan kekuatan serta menjadi rapuh.

 

Selain daripada itu, teknik dan pergerakkan yang salah, peralatan yang tidak wajar digunakan, serta kekurangan sesi pemanasan badan sebelum senaman akan menjurus kepada masalah ini.

Tanda tanda dan Gejala Golfer’s Elbow

Sakit dan tenderness pada bahagian dalam siku atau tulang epicondyle semasa penggunaan otot yang terjejas (pronation, flexion pergelangan tangan dan extension  siku). Biasanya dirasai di bahagian dalam siku, sakit kadang-kadang memanjang sepanjang sisi lengan bawah. Sakit biasanya bertambah buruk dengan pergerakan tertentu. Mungkin mengalami bengkak sedikit. Kekejangan di siku dan sukar untuk membentuk genggaman. Kelemahan otot di tangan dan pergelangan tangan (Genggaman yang lemah). Kebas, pins and needles atau kesemutan jari. Ia boleh merebak ke satu atau lebih jari, biasanya jari keempat dan jari kelingking. Kesakitan ini boleh datang secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur.

Faktor-faktor risiko

Seseorang berisiko tinggi untuk mendapat Golfer’s Elbow jika:

  • Umur 40 tahun atau lebih tua
  • Melakukan aktiviti berulang sekurang-kurangnya dua jam sehari
  • Obesiti
  • Seorang perokok

Rawatan Fisioterapi

Saranan fisioterapi untuk melegakan kesakitan dan pemulihan seperti berikut;

  • Rehat atau berhenti permainan golf atau aktiviti yang menyakitkan buat sementara sehingga kesakitan itu hilang. Ini akan membantu dalam mengurangkan sakit pada siku.
  • Tuamkan ais pada tempat sakit untuk mengurangkan bengkak.
  • Melindungi bahagian itu dengan membalut dengan bandage untuk mengurangkan beban pada siku anda.
  • Membantu pembaikan tisu dengan menggunakan kaedah seperti ultrasound atau laser.
  • Kinesiotaping membantu dalam melegakan tekanan, merelaksasi otot dan boleh meningkatkan  peredaran darah.
  • Regangan, senaman menguatkan otot secara beransur-ansur dan senaman fleksibiliti adalah sangat berkesan untuk proses pemulihan julat pergerakan dan kekuatan otot kepada asal.

Rujukan:
– Portal myhealth


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply