fbpx
Gambar 1 : Kudis Tekanan pada orang terkena stroke

Apa itu kudis tekanan atau bed sores? Kudis tekanan ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan.

ANTARA TANDA-TANDA KUDIS TEKANAN AKAN BERLAKU IALAH TIMBUL WARNA KEMERAH-MERAHAN PADA BAHAGIAN YANG BERISIKO

Kawasan yang berisiko berlakunya kudis tekanan:

  • Telinga
  • Siku
  • Tumit
  • Punggung  
  • Buku Lali


Kudis tekanan boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman boleh berlaku jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Kudis tekanan selalunya menyebabkan rasa sakit yang kuat.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Gambar 2 : Ubah posisi badan setiap 2 jam


1. Ubah Posisi Badan Setiap 2 Jam

Pesakit hendaklah diposisikan secara mengiring ke kanan atau ke kiri setiap 2 jam.

Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.

Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut daripada tekanan

Gambar 3 : Penggunaan tilam angin


2. Guna Alatan Yang Sesuai Contohnya Tilam Angin (Ripple Mattress)

Tilam angin membantu mengurangkan tekanan padan badan yang berisiko terkena kudis tekanan berbanding tilam yang keras.

Tilam angin dapat mengurangkan kesakitan akibat tekanan bdan.

Gambar 4 : Menjaga kebersihan pesakit


3.  Jaga Kebersihan Pesakit (Elak Kulit Menjadi Lembap)


Bagi yang memakai pampers, elakkan daripada membiarkan pesakit berada di dalam kebasahan kerana ia akan luka semakin parah

Pastiakan kulit sentiasa dalam keadaan kering

Gambar 5 : Menjaga kebersihan tempat tidur


4. Jaga Kebersihan Tempat Pesakit

Tukar cadar, dan baju pesakit untuk pastikan pesakit sentiasa bersih dan kering.

Manakala untuk pesakit yang berkerusi roda, pesakit perlu menaikkan badan (push-up) setiap dua jam sekali untuk memastikan peredaran udara di bahagian punggung dan belakang badan berlaku secara normal

Gambar 6 : Pengambilan Makanan Berzat

5. Pastikan Pengambilan Pemakanan Yang Sihat Dan Berzat

Makanan yang berzat dapat memastikan pesakit dalam keadaan sihat.

Makanan yang berzat juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Oleh itu, penjaga pesakit stroke haruslah peka dengan setiap keadaan pesakit. Pastikan pesakit dalam keadaan yang terbaik supaya proses pemulihan berlaku dengan cepat.

Nak kami beri konsultasi PERCUMA mengenai masalah anda ?

Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#kudis #strok #gatal #merah-merah #belakang #tidurterlalulama #mudahmarah #kudistekanan #stroke #bedsore #posisibadan