Kebanyakkan dari kita yang mengalami masalah sakit pinggang ni mungkin berpunca daripada posisi tidur yang salah.
Aihh ada ke sakit pinggang disebabkan posisi tidur? Biasa kita dengar sakit pinggang atau sakit belakang disebabkan buat kerja berlebihan, postur mengangkat barang yang salah, mengangkat barang atau beban yang berat.
Ni cara tidur yang salah pun boleh sebabkan masalah sakit pinggang juga ke?
CARA TIDUR BAGAIMANA BOLEH SEBABKAN SAKIT BELAKANG
Haaa korang kalau jenis yang asal letak kepala je boleh lelapkan mata tu memang senang lah mengalami masalah sakit belakang.
Sebab apa? Sebab postur tidur yang tidak betul.
Postur dan posisi tidur memainkan peranan penting, korang kena elak tidur di atas kerusi, lebih-lebih lagi tidur secara duduk.
Tidur seperti ini berpotensi untuk membuatkan pinggang ada menjadi lenguh, sakit dan sebagainya.
CARA TIDUR JUGA BOLEH BANTU LEGAKAN SAKIT PINGGANG ANDA!
Tapi pernah tak masalah ini menganggu waktu tidur anda? Tipu la kan kalau tak pernah, sakit pinggang ni jangan buat main.
Nampak je sakit biasa tapi boleh ganggu waktu tidur tau.
Sekiranya anda mengalami masalah sakit pinggang ni, jom cuba cara tidur ini.
-
Lurus telentang dengan lutut dilapik bantal
Berbaring telentang di atas katil dianggap sebagai posisi tidur terbaik ketika mengalami masalah sakit pinggang. Namun, jangan main tidur je!
Pastikan posisi tulang belakang lurus sejajar dengan kepala, leher dan juga kaki. Kemudian letakkan bantal di bawah lutut anda untuk menampung berat tubuh.
-
Telentang bersandar
Tidur berbaring dengan menyelitkan beberapa bantal di punggung atas sangat selesa bagi pinggang anda.
Ketika dalam posisi tidur ini anda boleh meletakkan tangan di atas perut dan dada atau di sisi mengikut keselesaan anda.
Posisi ini membantu mengurangkan tekanan berlebihan di beberapa titik tertentu seperti kepala, leher, dan tulang belakang sepanjang waktu.
-
Tidur mengiring sambil memeluk bantal
Ini mungkin posisi kegemaran saya kalau tidur, tak kira sakit pinggang atau tidak.
Tidur mengiring dapat menekan pinggang yang bermasalah dan menggeser tulang belakang keluar dari posisi asalnya
Namun, Anda boleh saja tidur menyamping ketika pinggang masih sakit dengan menyelipkan bantal atau guling di antara kedua lutut. Bantal akan menjaga pinggul, panggul, dan tulang belakang Anda dalam posisi yang lebih baik.
-
Posisi meringkuk seperti janin
Tidur meringkuk seperti bayi dalam kandungan bagus untuk penderita sakit pinggang disebabkan oleh saraf jepit. Dengan posisi ini, tubuh membuka ruang untuk sendi-sendi di antara tulang belakang.
Namun, jika anda dapati masalah sakit pinggang anda semakin teruk dan tiada tanda-tanda untuk hilang, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar atau segera dapatkan konsultasi daripada fisioterapis berdekatan.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.