Sakit kepala merupakan jenis kesakitan yang paling biasa dialami hampir 85 peratus rakyat Malaysia berdasarkan kaji selidik Pengurusan Kesakitan pada tahun 2014.
Apa yang mengejutkan, kajian turut mendapati 8 daripada 10 rakyat Malaysia memilih untuk menahan sakit daripada mendapat rawatan segera. Mereka merasakan bahawa tiada cara alternatif lain sekiranya ubat-ubatan tidak melegakan kesakitan.
Tapi takkan setiap masa nak telan Paracetamol kan? Aduhh tak nak lah.
Apa kata anda cuba 7 tips ni untuk melegakan sakit kepala:
1- Banyakkan minum air.
Kedengaran seperti terlalu ‘simple’ kan? Tetapi banyak masalah sakit kepala adalah disebabkan oleh dehidrasi.
2- Lakukan urutan lembut pada kepala.
Urutan sangat berkesan melegakan sakit kepala terutamanya di bahagian saraf ‘greater occipital’ (bahagian bawah tengkorak anda di belakang kepala)
3- Tekan bahagian di antara ibu jari dan jari telunjuk anda.
Urut bahagian tersebut dengan lembut lebih kurang satu minit. Kemudian, lakukan pada tangan sebelah pula.
4- Regangan.
Sakit kepala umum disebabkan oleh ketegangan otot. Regangan leher yang mudah akan melegakan otot yang menjadi punca masalah.
5- Letakkan ais di bahagian pelipis anda.
Di sini terdapat arteri yang membekalkan darah kepada lapisan otak kita. Semasa serangan migraine, lapisan ini menjadi radang. Oleh itu, penggunaan ais akan menurunkan suhu darah yang melalui bahagian ini, sekaligus melegakan rasa sakit.
6- Mandi dengan air panas/suam.
Lebih berkesan jika lalukan air pada bahagian belakang leher anda. Haba membantu merilekskan otot yang tegang.
7- Minum teh halia.
Halia sebenarnya mempunyai sifat anti-radang yang mungkin akan membantu anda melegakan kepala yang pening atau.
Rawatan fisioterapi untuk sakit kepala.
Tapi ada lagi satu cara untuk merawat masalah ini yang dijamin mudah, cepat dan tak penat langsung.
Ada yang nak tahu tak? Okay lah. Kami beritahu satu lagi rawatan terbaik untuk mengubati sakit anda.
Rawatan fisioterapi sangat jarang dketahui umum sebagai pelega sakit melampau. Walaubagaimanapun, terapi fizikal ini sebenarnya sangat berkesan bagi mereka yang kerap mengalami masalah sakit kepala, terutamanya apabila ubat-ubatan dan cara lain tidak lagi berkesan.
Pada mulanya, serangan ini sering dikaitkan dengan abnormaliti salur darah pada bahagian otak. Tapi kini, pakar dalam bidang ini mula menrima bahawa terdapat sakit yang terjadi berpunca daripada masalah tulang belakang (cervical).
Apa yang boleh disimpulkan?
Sakit kepala jenis ini dipanggil sakit kepala ‘cervicogenic’ atau sakit kepala akibat stress.
Antara gejala-gejala sakit kepala stress ini termasuklah sakit pada belakang mata, leher, kepala (dahi).
Apabila otot di kawasan berkenaan dan leher tegang, ia akan menyebabkan sakit yang teramat sangat. Puncanya pula berbagai-bagai, tetapi yang paling utama ialah postur tubuh yang salah, terlalu lama memandang skrin (tv,telefon,computer), stress pada mata dan keletihan.
Ia terjadi apabila otot di bahagian ‘upper back’ dan leher tegang. Di sinilah peranan fisioterapis sangat membantu. Teknik mobilisasi otot dan manipulasi sendi merupakan antara rawatan yang sangat efektif merawat ‘cervicogenic’ headache.
Rawatan fisioterapi turut membantu mengembalikan fungsi pergerakan dan melatih postur yang betul untuk bahagian ‘upper spine’.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.