fbpx
Gambar 1 : Lesu di Waktu Pagi

Bangun pagi ini rasa penat, macam tak cukup tidur? Rasa macam tak bersemangat pun nak buat kerja. Haa, cuba minum kopi tak jadi. Maka, kami nak berkongsi senaman mudah untuk hilangkan lesu anda itu.

Senaman ini boleh dilakukan ketika bangun dari tidur je. Senaman ini tidak mengeluarkan peluh seperti berjogging tetapi apabila senaman ini dilakukan di setiap permulaan hari, ianya pasti memberi perubahan dalam kehidupan harian anda.

Namun, tahukah anda, hanya dengan meluangkan masa sekitar 10 minit setiap pagi melakukan senaman regangan, ia mampu memberikan tenaga dan meringankan ketegangan otot?

Bukan itu sahaja, otak anda juga akan berasa lebih cergas apabila menjadikan amalan ini satu kebiasaan!

Sebelum anda mandi pagi dan minum kopi kegemaran, ayuh cuba lakukan 5 senaman regangan ini. Ianya sudah pastinya berguna untuk anda memulakan hari dengan lebih bertenaga!

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Antara senamannya ialah :

Gambar 2 : Regangan ke atas

1.Regangan ke atas

Dalam keadaan duduk bersila, selitkan kedua-dua belah jari tangan anda antara satu sama lain. Kemudian luruskan kedua-dua tangan ke atas.

Pastikan anda duduk dalam keadaan tegak bagi menjaga tulang belakang sehingga anda rasa tegang.

Lakukan regangan ini dalam 10 saat dan ulang sebanyak 3 kali.

Gambar 3 : Regangan Bahu dan Leher

2. Regangan leher dan bahu

Masih dalam keadaan duduk bersila, tundukkan kepala anda ke bawah, pastikan otot-otot dan sendi anda rasa relaks.

Kemudian, pusingkan kepala anda dari kanan ke kiri pada setiap sisi, pastikan posisi kepala anda kekal selama 5 saat.

Lakukan regangan ini sebanyak 3 kali pada setiap sisi (kiri dan kanan).

Selepas itu, naikkan bahu anda ke atas secara lembut, dan turunkan bahu anda kembali perlahan-lahan. Tarik dan hembuskan nafas pada masa yang sama.

Yang terakhir, pusingkan bahu anda ke hadapan dan ke belakang, ulangi sebanyak 3 kali.

Gambar 4 : Reclining spinal twist

3. Reclining spinal twist

Senaman ini baik untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang tubuh anda.

Dalam keadaan berbaring, ratakan kedua belah tangan anda dalam keadaan melintang. Tanpa mengalihkan posisi badan, miringkan kedua belah kaki anda samada ke kiri atau ke kanan dan tahan selama 10 saat bagi setiap sisi.

Jika anda terdengar bunyi “krak” sewaktu melakukan regangan ini, jangan risau, ia merupakan sebahagian daripada regangan.

Gambar 5 : Lying Side Quad Stretch

4. Lying side quad stretch

Selalunya senaman ini dilakukan dalam posisi berdiri, tetapi ianya juga boleh dilakukan dalam keadaan berbaring. Untuk melakukan regangan ini, anda perlu ikuti beberapa langkah:

  • Baring dalam posisi mengiring, salah satu tangan perlu perlu diletakkan di tepi muka bagi menampung kepala anda.
  • Dengan menggunakan satu lagi tangan, tarik kaki yang berada di bahagian atas ke belakang, dan pastikan kaki yang berada di bawah berada dalam posisi lurus.
  • Tahan selama 10 saat, kemudian pusing dan mengiring pada arah yang berlawanan. Ulangi langkah yang sama.
Gambar 6 : Hamstring Stretch

5. Hamstring stretch

Regangan terakhir sebelum memulakan hari anda! Kali ini, masih dalam posisi berbaring, pastikan kaki dan tangan anda lurus.

Pastikan juga tulang belakang dan pinggul rata di permukaan.

Kemudian, angkat satu kaki ke atas secara perlahan-lahan, dan tahan dengan kedua belah tangan anda. Pastikan kaki anda dalam posisi tegak ke atas.

Tahan selama 10 saat, sambil memutarkan pergelangan kaki anda. Tukar kaki lain, dan ulang regangan yang sama. Ulangi regangan ini 4-5 kali bagi setiap kaki.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#lesu #Letih #waktuPagi #malas #penat #mengantuk #sekolah #pejabat #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu