fbpx Skip to main content

Sendi lutut kita terbentuk oleh tiga tulang; tulang paha (femur), tulang betis (tibia) & tempurung lutut (patella). Tempurung lutut berada di hadapan dan berfungsi melindungi sendi.

Pencantuman sesama tulang dibantu oleh ligamen. Untuk sendi lutut pula, ada 4 ligamen asas yang bertindak sebagai ‘tali pengikat’ untuk menghubungkan 3 tulang tadi & mengekalkan kestabilan lutut.

4 ligamen ini ialah ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), ‘posterior cruciate ligament’ (PCL), ‘medial collateral ligament’ (MCL) & lateral collateral ligament’ (LCL).

ACL terletak di tengah sendi lutut & dalam keadaan serong. Ia berfungsi menjaga posisi tulang tibia supaya tidak terkeluar ke hadapan melebihi tulang femur. ACL juga memberi kestabilan kepada sendi lutut dalam pergerakan memusing.

Tahap kecederaan

Hampir 50 peratus kecederaan ACL, turut melibatkan struktur lutut yang lain seperti ‘articular cartilage’, meniscus atau ligament lain.

Gred kecederaan ACL:
1: Kerosakan ligament hanya sedikit di mana ia meregang tetapi masih mampu mengawal kestabilan sendi.
2: Ligamen meregang melebihi normal & menjadi longgar. Ini juga dipanggil separa koyak. Gred ini jarang berlaku.
3: Gred ini adalah yang sering berlaku di mana ligament koyak sepenuhnya menjadi dua bahagian serta sendi menjadi tidak stabil.

Punca Terjadinya Kecederaan ACL

 

  • Menukar arah pergerakan anda dengan terlalu cepat
  • Menghentikan pergerakan secara mengejut
  • Memperlahankan kelajuan ketika berlari laju
  • Mendarat secara salah (ketika melompat)
  • Perlanggaran kuat (contohnya semasa menggelecek bola)

Beberapa kajian menunjukkan atlet wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kecederaan ACL berbanding atlet lelaki.

Ini disebabkan oleh perbezaan dalam keadaan fizikal, kekuatan otot & kawalan neuromuscular.

Ia juga mungkin disebabkan perbezaan pelvis & ‘alignment’ kaki, tahap keregangan ligament yang lebih tinggi & kesan estrogen terhadap ciri-ciri ligament.

Simptom-simptom Kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL)

Apabila ACL anda tercedera, kebiasaannya anda akan dapat mendengar bunyi ‘pop’ atau seperti klik. Anda juga akan berasa lutut hilang kestabilan.

Antara simptom lain yang sering berlaku ialah:

  • Rasa sakit disertai bengkak. Bengkak ini biasanya akan berlaku dalam masa 24 jam. Simptom ini boleh beransur-ansur reda tetapi jika anda memaksa untuk meneruskan aktiviti, lutut boleh menjadi tidak stabil & memberi risiko kecederaan pada meniscus.
  • Lutut tidak boleh digerakkan sepenuhnya
  • Sakit pada kawasan sendi(joint line) apabila ditekan
  • Ketidakselesaan semasa berjalan

Rawatan Kecederaan ACL

Tidak kesemua kecederaan ACL memerlukan pembedahan. Akan tetapi, fasa rehabilitasi adalah sangat penting untuk membantu anda kembali semula melakukan rutin harian.

Rawatan konservatif

Kecederaan ACL gred 3 sukar pulih tanpa pembedahan. Akan tetapi, jika anda sudah berusia atau tidak terlibat dalam aktiviti yang aktif, rawatan konservatif (tanpa pembedahan) boleh membantu. Lebih-lebih lagi jika kestabilan lutut masih ada.

1-Memakai penyokong (bracing):

Tujuan memakai penyokong lutut ini adalah untuk membantu lutut anda lebih stabil. Untuk lebih perlindungan, anda juga perlu memakai tongkat (crutches) untuk mengelakkan beban diletakkan pada bahagian kaki yang cedera.

2-Fisioterapi:

Sebaik sahaja bengkak mula surut, program rehabilitasi berpandukan protocol akan dimulakan. Senaman tertentu akan membantu mengembalikan fungsi lutut anda & menguatkan otot yang menampungnya.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

5 Comments

  • Admin says:

    Thank you

  • Farhan Zulkifli says:

    Last 2 weeks saya main bola and berlaga lutut belah kiri. Around seminggu mcm tu , bengkak area kepala lutut, nak rapatkan lutut ke peha pun tk boleh. Then sejak hari yg injured dalam 3 hari . I main futsal but mmg tk boleh langsung. Once i jejakn kaki ke court terus lutut i mcm crack bunyi tulang . 😬
    Ada pergi klinik, doktur just ckp lebam n tggu 2/3 minggu utk elok, so far this week lebam dah kurang, and dah boleh utk rapatkn lutut dgn peha like duduk bersila, takde rasa sakit lgi, tpi sabtu lepas . I jatuh pda anak tangga yg sangat rendah and lagi sekali like crack mcm terseliuh buku lali, tpi terseliuh kt kepala lutut.

  • Admin says:

    Ooo. Mungkin injury pada tempat yang sama disebabkan otot di peha dan kaki masih tak kuat. Cik kena banyak buat senaman kekuatan otot untuk mengelakkan injury berulang.

    Bila ada berlaku kecederaan, rawatan awalnya adalah letak ais di tempat injury untuk mengurangkan bengkak.

    Semoga cik kekal sihat dan aktif seperti dulu 🙂

  • khairul says:

    kalau otot blakang pelipat lutut tu koyak (sambungan putus)mcm mane nak pulihkan lepas pembedahan dan ambil masa brp bulan untuk sembuh kembali ?

  • Shammil Ali Bin Zamani says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Ingin bertanya, adakah acl tahap 1 juga memerlukan pembedahan ? Dan berapakah kos pembedahannya ?

Leave a Reply