Pengenalan
Logo pada setiap syarikat amat penting untuk membawa imej dan maksud syarikat tersebut. Begitu juga dengan kisah logo Flex Physiotherapy.
Design logo Flex menampilkan satu karakter ‘Aktif Lifestyle’. Sebagai pakar dalam pemulihan fizikal manusia, kami mahu mengembalikan tahap keupayaan dan fungsi badan para pesakit ke tahap optimum. Optimum di sini membawa maksud, para pesakit boleh melakukan aktiviti harian tanpa sakit dan bergerak bebas melakukan aktiviti yang mereka suka.
Pemilihan Warna Logo Flex
Ada 2 warna yang digunakan dalam logo iaitu:
– Merah: Warna ini menggambarkan ‘Passion’ dan ‘Enthusiasm’. Sudah lahir dalam setiap jiwa fisioterapis di Flex Physiotherapy, keinginan untuk merawat sepenuh hati dan melihat para pesakit kembali sihat, tanpa kompromi. Ini dibuktikan dengan beribu-ribu testimoni positif dari para pelanggan dan diiktiraf Perkeso sebagai pembekal rehabilitasi Pantai Timur.
– Kelabu: Ini adalah warna yang menggambar Core Principle kami iaitu ‘Professional’ & ‘Mature’. Setiap pesakit akan menikmati rawatan dari Professional fisioterapis berkelulusan universiti dan berpengalam merawat pelbagai kes akut/kronik. Flex Physiotherapy telah masuk fasa “Maturity & Established” kerana kami telah beroperasi lebih 6 tahun dengan tenaga kerja seramai 30 orang, di mana akses Kesihatan ini boleh di nikmati seluruh rakyat Pantai Timur.
Maksud Disebalik Nama Flex Physiotherapy
Nama Flex Physiotherapy pula membawa maksud servis fisioterapi yang menekankan kepentingan ‘mobility’ dan pergerakan dalam kehidupan harian. Pergerakan asas manusia adalah FLEX & EXTENSION. Jika ada limitasi antara dua pergerakan ini, sendi akan mula mengeras (joint stiffness) dan otot akan mula mengecut/lemah (muscle weakness). Ia pasti akan menghadkan pergerakan manusia dan akan membawa kepada banyak komplikasi-komplikasi lain.
Ramai pelanggan akan gelar rawatan fisioterapi di sini sebagai FLEX. Nama ini mudah disebut dan diingati jika mahukan rawatan fisioterapi.