Lower back pain ini adalah masalah sakit tulang belakang di bahagian lumbar atau sakit di bahagian pinggang tapi di sebelah belakang.
Sakit belakang adalah rasa sakit, ketegangan otot atau kaku di mana-mana bahagian belakang tubuh. Ia mungkin menjalar ke bahagian punggung atau kaki.
Gelaja lower back pain?
- Sakit di seluruh bahagian bawah belakang yang kadang-kadang menjalar hingga ke bahagian punggung, belakang paha atau pangkal paha.
- Bertambah sakit apabila nak bergerak.
- Pergerakan terhad apabila nak membongkok atau bersandar.
- Rasa kejang otot di bahagian bawah belakang.
- Kadang-kadang terasa sakit seperti mencucuk-cucuk atau kebas di bahagian belakang, punggung, kaki, yang terus sampai ke tapak kaki. Keadaan ni dipanggil sciatica.
Lower back pain mungkin berpunca :
- Kecederaan otot
- Patah tulang belakang
- Perubahan kepada cakera (disc)
- Postur tidak betul
- Saluran spinal menjadi sempit (spinal sternosis)
Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
1. Semasa baring
- Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
- Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melengkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut.
2. Semasa berjalan
- Memakai kasut bertumit rendah yang selesa. Jika kerap memakai kasut tumit tinggi, boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik. Ia membuat anda menolak posisi badan ke belakang secara paksa.
3. Semasa duduk
- Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik.
- Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang.
4. Semasa berdiri
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.