fbpx
Gambar 1 : Cara merawat Clubfoot

Apakah itu CTEV (Congenital Talipes Equino Varus)? Dimanakah ia terjadi? Siapakah akan dapat penyakit ini?

‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau dikenali sebagai “Clubfoot” merupakan kondisi kaki di kalangan kanak-kanak.

Keadan ini mempunyai sebelah atau kedua-dua belah kaki yang menghala ke atas dan ke dalam sewaktu dalam posisi kaki yan tidak memijak lantai.

Namun, clubfoot ini ada dua jenis iaitu :

  1. Clubfoot berpunca dari Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terjejas.
  2. Clubfoot berpunca dari Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai julat pergerakkan yang penuh secara pasif.

Dalam 1000 kelahiran, kemungkinan ia akan terjadi kepada seorang bayi dan ia kebanyakkan terjadi kepada bayi lelaki banding bayi perempuan. Sejarah keluarga juga dapat menyumbang kepada kemungkinan tersebut.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Punca Clubfoot

Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)

Punca struktur: tidak diketahui. Juga boleh disebabkan oleh faktor genetik

Apakah kesan Fisioterapi kepada Kaki CTEV ?

  • Memastikan sendi berada pada alignment yang optimum
  • Meningkatkan kefungsian sendi dari segi joint sense
  • Memastikan otot mempunyai kepanjangan yang sesuai bagi perkembangan untuk kefungsian berjalan
  • Meningkatkan kekuatan otot
  • Mengurangkan sakit (jika ada)

Jadi, kami di Flex Physiotherapy menyediakan rawatan bagi CTEV ini dan rawatan fisioterapi diberikan mengikut punca.

Gambar 2 : Senaman regangan

Jika ia berpunca dari postural :

  • Senaman regangan
  • Teknik stimulasi kepada tapak kaki
  • Teknik mengaplikasikan taping
  • Manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)
Gambar 3 : Tampal taping
Gambar 4 : Serial casting

Tetapi jika ia berpunca dari struktur :

  • Kasting berterusan (serial casting) dan manipulasi kaki
  • Rawatan pembedahan untuk kes yang serius seperti: Achilles Tenotomy
  • Semanan regangan supaya otot yang terlibat tidak memendek
  • Senaman untuk meningkatkan julat pergerakkan sendi
  • Senaman untuk meningkatkan joint sense dan pengawalan pergerakkan pada sendi pergelangan kaki
  • Senaman untuk menguatkan otot betis, kumpulan otot peroneal dan paha
  • Preskripsi untuk sokongan arkus tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan kefungsian biomechanic kaki
  • Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)
Gambar 5 : Sokongan orthosis

Pastikan anda memerhati perkembangan awal bayi dan rawatan pada ketika waktu bayi akan membantu bayi pulih kerana sendi dan otot-otot mereka masih lembut.

Jika doktor sarankan pembedahan,maka lakukan pembedahan terlebih dulu. Kemudian baru melakukan rawatan fisioterapi seperti biasa.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#kaki #bayi #baby #CTEV #clubfoot #sakitkaki #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu