Kekejangan otot ia lah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku secara tiba-tiba.
Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut.
Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.
Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.
Kebiasaanya, kekejangan otot ini sering terjadi di kaki dan jarang terjadi di bahagian lain kecuali anda mempunyai masalah saraf.
Tiga jenis kejang otot.
- Kekejangan otot selepas bersenam
- Kejang otot akibat keletihan
- Kekejangan otot cuaca panas
Jika terkena kekejangan otot ketika melakukan senaman, apa yang patut anda lakukan ?
- Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik.
- Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil.
- Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit.
- Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan.
- Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.
Apakah regangan sesuai jika terkena kekejangan otot ketika tidur ?
- Minta bantuan dari orang di sekeliling.
- Jika tiada orang yang dapat membantu, maka tolak kaki anda ke arah dinding atau sesuatu yang keras.
- Tahan kaki tersebut selama 15 saat dan ulangi sebanyak 5 kali dalam masa tersebut.
Macam mana nak elakkan kekejangan dari awal?
- Banyakkan minum air kosong terutamanya pada musim panas.
2. Rendam kaki dalam air suam sebelum tidur dalam 10 minit.
3.Pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi.
4.Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan di dalam diet.
Jika untuk melakukan senaman?
- Bersedia sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti.
- Lakukan regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan.
- Regangan dilakukan sebelum dan selepas senaman dilakukan. (Stretching : Warm up, Cool down)
- Pastikan minum air secukupnya ketika melakukan senaman
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.