fbpx
Gambar 1 : Cara merawat

Spina bifida adalah cacat lahir yang terjadi akibat terganggunya pembentukan tabung saraf selama bayi dalam kandungan.

Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Ianya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku di bahagian atas. Kadang-kala sebahagian daripada otak juga turut terdedah.

Kebanyakkan kes mengalami kes sederhana di mana kanak-kanak tersebut memerlukan berbagai rawatan dan rehabilitasi.

Cara untuk merawat spina bifida :

Rawatan untuk spina bifida ialah pembedahan dan rawatan sokongan yang berterusan. Tiada rawatan khusus untuk spina bifida.

Sekiranya seorang bayi dilahirkan dengan kecacatan yang terbuka , pembedahan dilakukan secepat mungkin.

Saraf tunjang dan meninges yang terkeluar akan dimasukkan ke tempatnya dengan berhati-hati.

Tujuan melakukan pembedahan ialah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengekalkan fungsi saraf tunjang.

Gambar 2 : Pembedahan

Pembedahan semula mungkin diperlukan apabila kanak-kanak membesar. Ini adalah disebabkan saraf tunjang dan tulang belakang membesar pada kadar yang berbeza dan boleh menyebabkan dan boleh menyebabkan tisu saraf terperangkap.

Sekiranya mengalami hidrosefalus, shunt mungkin diperlukan untuk mengalirkan cecair yang berlebihan dari otak ke abdomen.

Shunt perlu di pantau untuk jangkitan dan penyekatan aliran cecair serebrosinal serta memberi rawatan yang berpatutan.

Penilaian yang kerap perlu dilakukan ke atas kanak-kanak oleh pasukan kesihatan seperti Pakar Perubatan, fisioterapi dan terapi cara kerja.

Jangkitan perlu dirawat dengan sempurna.

Pencegahan

1.Pemberian tambahan folik asid.

Dos folik asid yang disyorkan adalah 0.4 mg sehari dan perlu diambil sebulan sebelum mengandung dan seterusnya pada 3 bulan pertama mengandung untuk memberi kesan yang baik.

Disebabkan kebanyakan kehamilan tidak dirancang, semua wanita dalam usia reproduktif dinasihatkan untuk mengambil penambahan folik asid.

Sekiranya seseorang itu dalam kumpulan berisiko ( anak terdahulu, atau saudara rapat mengalami spina bifida atau yang mengambil ubat sawan), ia perlu mengambil dos yang tinggi lebih kurang 4 mg sehari.

2. Kaunseling genetic – Risiko (tanpa tambahan folik asid)

  • Selepas mempunyai seorang anak yang menghidapi spina bifida, kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama adalah 3 ke 4 %.
  • Selepas mengalami 2 orang anak spina bifida,10 % kehamilan seterusnya boleh mendapat masalah yang sama.
  • Risiko akan bertambah tinggi sekiranya keluarga juga mempunyai sejarah spina bifida.

Sila dapatkan runding cara daripada doktor untuk kehamilan yang akan datang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Pemulihan

Pemeriksaan yang berkala oleh pasukan kesihatan yang professional diperlukan ( Pakar Peditrik, Pakar Surgeri Orthopedik, Pakar saraf, fisioterapi, terapi carakerja dan kaunselor) di dalam proses pemulihan.

Ini adalah untuk mengendalikan dan merawat sebarang masalah diperingkat awal. Dengan ini kanak-kanak terlibat dapat hidupselesa seperti anak-anak yang lain.

Pemulihan melibatkan:-

Gambar 3 : Fisioterapi

Pergerakan – Perkhidmatan fisioterapi dan terapi carakerja perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memaksimakan fungsi dan pergerakan menggunakan ke taraf maksima fungsi dan pergerakkan.

Kanak-kanak ini memerlukan bantuan fisikal seperti alat penyokong (braces) dan kerusi roda, mengikut tahap kelemahan dikaki.

Gambar 4 : Penjagaan kulit dan deria rasa

Penjagaan kulit dan deria rasa – Penjagaan yang sempurna untuk mengelakkan kudis tekanan atau ulser di bahagian yang kehilangan deria rasa.

Gambar 5 : Penjagaan Pundi Kencing Dan Usus

Penjagaan pundi kencing – Latihan mengawal pundi kencing dan melakukan pengketeran kendiri secara berkala. Pembedahan pundi kencing mungkin diperlukan.

Penjagaan usus – Latihan kawalan buang air besar, penggunaan enema dan pemakanan yang sihat.

Gambar 6 : Pendidikan

Pendidikan – Kanak-kanak ini selalunya mempunyai kecerdasan yang normal, mereka mungkin mengalami masalah. Kanak-kanak yang menghidapi hidrosefalus mempunyai masalah pembelajaran yang lebih ketara.

Sokongan ibu bapa adalah faktor penting dalam proses pemulihan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan untuk memperolehi penjagaan kesihatan yang sempurna, kebajikan dan pendidikan khas.

Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#saraf #spinabifida #sakit #kanakkanak #sekolah #bayi #fisioterapi #fisioterapikelantan #fisioterapiterengganu