TAHUKAH ANDA?

Terapi Manual adalah satu kaedah manual yang digunakan untuk merawat masalah musculoskeletal (musculo: otot dan skeletal: tulang), sendi dan masalah Saraf. Fisioterapis akan menggunakan daya tangan mereka sendiri (hands-on) untuk merawat sakit anda.

Terapi manual merangkumi pelbagai teknik untuk membolehkan tulang dan otot berfungsi kepada tahap yang paling optimum.

Teknik terapi manual ini hanya boleh dilakukan oleh pakar fisioterapi berkelulusan diploma/ijazah dalam bidang fisioterapi.

Teknik yang diadaptasi dari luar negara ini sanagat efektif dan membantu pesakit sembuh dengan cepat kerana ia merawat terus pada punca pesakit tersebut.

ANTARA TEKNIK TERAPI MANUAL:

Kaedah Passive Stretching

Pergerakan pasif adalah untuk merawat otot yang sakit disebabkan ketegangan yang melampau. Teknik ini perlu dilakukan oleh fisioterapis terlatih yang kenal setiap otot dalam tubuh badan manusia.

Passive stretching membantu meningkatkan fleksibiliti dan julat pergerakan sendi pesakit.

Selain itu, passive stretching membantu meningkatkan pengaliran darah dan melepaskan saraf yang terhimpit pada otot,sekaligus membantu menigkatkan fungsi serta prestasi otot tersebut.

Kaedah Trigger Point Release

Teknik Trigger point release adalah Teknik khas dimana fisioterapis menekan tempat tertentu pada badan yang mempunyai urat bersimpul (spasm). Urat bersimpul berpunca daripada otot yang tegang dan ketat.Fisioterapis akan menggunakan tekanan daripada ibu jari atau siku untuk menekan urat bersimpul tersebut.

Teknik ini dapat mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan sakit dan juga melancarkan peredaran darah pada Kawasan yang sakit.

Pakar fisioterapis yang memahami keseluruhan otot badan manusia,mampu mengenalpasti setiap point-point sakit dan bantu mengurangkan sakit urat dengan pantas.

Kaedah Soft Tissue Massage (STM)

Soft tissue manipulation merupakan kaedah yang menggabungkan beberapa Teknik daripada luar negara seperti Effluerage, Petrissage ,Deep Friction dan Kneading.

Kaedah STM ini membantu mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan sakit urat, melepaskan saraf yang terhimpit, mengurangkan bengkak dan meningkat pengedaran darah serta cecair ‘lymphatic’.

Teknik ini juga digunakan untuk kes tertentu utk melembutkan dan mengurankan parut (post-operation dan parut kemalangan), sekaligus membantu meningkatkan julat pergerakan fizikal pesakit.

Selain itu, pesakit strok juga akan mendapat kebaikan dari Teknik STM terutamanya dalam mengurangkan sembab-sembab/bengkak pada kaki serta tangan dan bantu melembutkan otot akibat dari baring atas katil terlalu lama.

Kaedah Teknik Mulligan

Teknik yang diasaskan oleh Brian R. Mulligan, merupakan salah seorang fisioterapi terkenal dunia. Teknik ini terbahagi kepada tiga iaitu, Natural Hypophyseal Glides (NAGs), Sustained Natural Hypophyseal Glides (SNAGs) and Mobilisations with Movement (MWMs).

Teknik Mulligan bantu merawat sakit pada tulang belakang. Antara masalah yang biasa dirawat menggunakan Teknik ini adalah slip disc, spondylysis, ruang tulang sempit (spinal stenosis) dan sendi facet keras (facet joint stiffness).

Teknik ini sangat efektif untuk melepaskan saraf yang tersepit dan mengurangkan sakit dan kebas.

Selain itu, Teknik mulligan juga digunakan pada sendi bahu,lutut, lengan dan sebagainya.Teknik khas yang diadaptasi dari New Zealand ini mempunya tahap keberkesanan yang tinggi dalam meningkatkan julat pergerakan sendi.

Kaedah Teknik Mckenzie

Satu program rehabilitasi yang boleh mengurangkan sakit belakang dipanggil kaedah McKenzie, atau latihan McKenzie. Kaedah mckenzie ialah system diagnosis dan rawatan yang khusus untuk masalah tulang belakang. ianya diperkenalkan pada tahun 1981 oleh Robin McKenzie, seorang fisioterapis terkenal daripada luar negara.

Teknik ini menggunakan pergerakan ‘Extending the spine’ yang bantu mengurangkan sakit dengan efektif. Teknik ini juga terbukti berkesan dalam mengurangakan kebas pada kaki dan lengan, dan bantu mengurankan sakit untuk jangka masa panjang.

Kaedah Teknik Traction

Teknik ini direka untuk mengurangkan tekanan pada sendi yang menjadi penyebabkan sakit dan saraf terhimpit. Pakar Fisioterapi akan menggunakan daya tarikan untuk meregangkan tisu dan otot yang tegang, sekaligus memberi kelegaan pada pesakit setelah sekian lama menanggung sakit.

Teknik ini sangat berkesan dalam merawat Sciatica (kebas belakang punggung, belakang peha dan belakang betis), Slip Disc, Sakit Leher dan Bahu dan Sakit lutut (Osteoarthritis).

Kaedah Teknik Joint Mobilisation

Teknik ini dilakukan dengan menggerakkan sendi dengan gerakan tertentu bagi melegakan sendi yang ketat, meningkatkan penghasilan cecair sendi(synovial fluid) dan melegakan kesakitan.

Pakar fisioterapi akan mengunakan tekanan dan intensiti yang sesuai terus pada sendi. Antara Teknik Joint mobilisatiopn adalah sustain mobilisation dan oscillation mobilisation.

Pesakit yang sudah lama mengalami masalah sendi ketat,sakit dan berbunyi akan mendapat manfaat serta kesan positif dari rawatan yang yang diterima.

JOM BUAT TEMUJANJI BERSAMA PAKAR FISIO KAMI DAN LEGAKAN KESAKITAN ANDA

BUAT JANJI TEMUTANYA PAKAR FISIO