fbpx

🌷 PENGENALAN


.
📌 Tulang Pelvis merupakan tulang yang penting, bertanggungjawab untuk melindungi & menampung berat badan ke atas kedua-dua kaki.

 

.
📌 Struktur tulang pelvis berbentuk seperti besin. Ia terbentuk daripada 4 tulang utama iaitu sacrum, coccyx dan 2 tulang inominate (ilium, ischium & pubis). Di antara tulang pelvis itu ada sendi symphysis pubis.
.
📌 Tulang ini bercantum antara satu sama lain melalu sendi & disokong dengan kuat oleh ligament


.
📌 Ada 3 jenis sendi yang terdapat pada tulang pelvis iaitu sendi sacroiliac, sendi symphysis pubis dan sendi sacrococcygeal.


.
📌 Sendi sacroiliac merupakan sendi yang paling kuat dalam tubuh manusia. Ia mencantumkan sacrum dengan ilium & menyambungkan spina pada pelvis.
.
.
🌷 FUNGSI-FUNGSI PELVIS

📌 Fungsi utama pelvis ialah untuk memberi pergerakan badan, contohnya semasa berjalan, berlari, duduk & mencangkung.
.
📌 Pelvis wanita ialah untuk proses kelahiran, jadi ia lebih lebar dan bulat.
.
📌 Ia memberi perlindungan kepada organ-organ pelvis & juga kandungan dalam abdomen.
.
📌 Pelvis juga menjadi penyambung di antara abdomen & bahagian badan bawah.
.
.
🌷 JENIS-JENIS PELVIS
.


📌 Tulang pelvis wanita berbeza daripada pelvis lelaki. Majoriti wanita mempunyai pelvis gynaecoid yang membantu proses kelahiran, manakala lelaki pula memiliki pelvis jenis android.
.
📌 Walaubagaimana pun jenis-jenis pelvis wanita dikategorikan 4 jenis bentuk & saiz. Perbezaan ini disebabkan oleh faktor morfologi seperti perkembangan tubuh, bangsa, keturunan dll.
.
🍊 Gynaecoid pelvis – 50% majoriti wanita mempunyai bentuk pelvis ini. Sering didapati di kalangan wanita yang sederhana saiz dan tinggginya. Proses kelahiran biasanya normal & spontan.
.
🍊 Android pelvis – 25% daripada kalangan wanita. Ia menyerupai bentuk pelvis lelaki. biasanya terdapat pada wanita bertubuh tinggi & pinggul sempit (contohnya wanita Afrika). Proses kelahiran biasanya lambat & mungkin dibantu alatan vacuum & forcep
.
🍊 Anthropoid pelvis – 20% wanita mempunyai pelvis jenis ini. Mereka biasanya tinggi & berbahu kecil
.
🍊 Platypelloid pelvis – Yang paling sedikit iaitu 5% wanita. Pelvis jenis ini mempunyai brim berbentuk seperti buah pinggang. Proses kelahiran mungkin secara pembedahan
.
.
#kenalitubuhanda #anatomi #tulangkipas #anatomyscapula#flexphysiotherapy #urutmoden #physiotherapymalaysia#fisioterapikelantan #fisioterapikotabharu #physicalinjury #tipskesihatan