fbpx Skip to main content

Sakit bahu boleh mengehadkan pergerakkan seseorang ketika melakukan aktiviti harian. Masalah ini boleh dialami oleh orang-orang dewasa dan juga kanak-kanak. 

Ada kalanya kita tidak perasan yang aktiviti seharian seperti mengangkat barang-barang berat atau kerja-kerja rumah boleh menjadi punca terjadinya sakit yang dialami. 

Masalah ini terjadi akibat daripada pergerakan seharian yang berulang dalam jangka masa tertentu. Ini akan memberikan tekanan dan rasa sakit pada bahu. 

Jadi, kami di Flex Physiotherapy akan berkongsi serba-sedikit maklumat berkaitan masalah sakit bahu di dalam artikel ini. 

Pastikan anda baca artikel ini sehingga tamat bagi mendapatkan maklumat yang berfaedah.

 

Punca Terjadinya Sakit Bahu 

Masalah sakit bahu akan menjadi lebih parah jika individu tersebut tidak mengambil langkah berjaga-jaga daripada awal. 

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya ialah: 

  •  Kecederaan lampau 

kecederaan lampau

Faktor pertama yang boleh menyebabkan terjadinya sakit bahu adalah kecederaan lampau seperti kemalangan, terjatuh mahupun terseliuh.

Sebagai contoh, kemalangan yang berlaku kepada seseorang individu boleh menyebabkan mereka menjalani pembedahan.

Sekalipun pembedahan itu berjaya dilaksanakan, ia masih boleh meninggalkan rasa sakit pada anggota badan individu terbabit.

Manakala, ada juga kecederaan lampau yang diakibatkan oleh terseliuh.

Contoh yang paling mudah dan jelas bagi kecederaan ini adalah apabila seseorang individu terasa sakit atau lenguh pada anggota badan selepas terjaga dari tidur.

Kita seringkali menganggap kejadian ini sebagai salah posisi tidur. Kejadian ini akan menyebabkan individu tersebut terasa sakit atau lenguh akibat posisi tidur tersebut.

Contoh lain bagi kecederaan terseliuh adalah apabila individu tersebut terjatuh atau terhentak ke atas objek-objek yang keras.

  • Tekanan Lebih Pada Bahu 

punca sakit bahu
Buat pengetahuan anda, aktiviti harian seperti memikul bag atau mengangkat barang yang berat pun boleh menyebabkan masalah sakit bahu.

Aktiviti harian sebegini sememangnya dipandang remeh oleh pandangan umum.

Namun, jika anda kerap melakukan aktiviti secara berterusan atau jangka masa yang lama, ia boleh menyebabkan bahu anda terbeban dek barangan berat yang dibawa.

Disebabkan itu, jika anda mula merasakan sakit pada bahagian ini, anda perlu merujuk kepada ahli fisioterapi atau doktor bagi menerima rawatan yang sewajarnya.

  •  Faktor Usia

faktor usia

Faktor utama lain seperti peningkatan usia seseorang individu akan menyebabkan masalah sakit bahu semakin terasa.

Secara dasarnya, masalah ini sering dialami oleh golongan individu yang berumur antara 40 sehingga 60 tahun.

 

Apa Simptom Sakit Bahu?

simptom sakit bahu

Pada bahagian ini, kami akan menerangkan beberapa simptom atau tanda-tanda sakit bahu yang mungkin anda alami. Antaranya adalah: 

  • Terasa sakit apabila menggerakkan seluruh tangan 
  • Kedengaran bunyi tulang bahu yang berlaga
  • Terasa sakit dan kejang di sebahagian tangan
  • Terasa sakit apabila individu meneruskan aktiviti harian ataupun ketika berehat 
  • Aktiviti harian terganggu akibat rasa sakit pada bahagian tangan

 

Rawatan Bersesuaian Untuk Masalah Ini 

Buat mereka yang sedang mencari rawatan bagi mengurangkan rasa sakit bahu, anda boleh mencuba salah satu daripada kaedah di bawah ini, antaranya adalah: 

  •  Perubahan Aktiviti 

Bagi pesakit yang sedang menghadapi masalah ini, anda perlu mengubah jenis aktiviti harian yang dilakukan. 

Jika sebelum ini, anda banyak melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat pasu bunga atau menukar posisi perabot di rumah, anda perlu mengurangkan kerja sebegini. 

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengurangkan kekerapan melakukan aktiviti ini. 

  •  Senaman ringan

Senaman ringan seperti melakukan regangan (atau bahasa lainnya ialah stretching) adalah amat digalakkan. 

Ini bertujuan bagi melatih otot, melembutkan sendi, meningkatkan ketahanan serta fleksibiliti pada anggota bahu dan keseluruhan tangan.

  •  Fisioterapi

Selain daripada dua rawatan yang dinyatakan di atas, anda juga boleh mendapatkan rawatan fisioterapi. 

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan sakit bahu, anda boleh buat janji temu (appointment) bersama kami di sini

Pentingnya fisioterapi ini adalah untuk mengenal-pasti punca dan anggota yang memerlukan rawatan segera. Dalam pada itu, 

Hal ini kerana jenis sakit sebegini akan menjadi lebih teruk jika melengahkan rawatan. 

  •  Tuam dengan ais

rawatan sakit bahu

Cara lain lagi yang anda boleh gunakan bagi mengurangkan rasa sakit pada bahagian ini adalah dengan menuam ais pada bahagian tersebut. 

Buat pengetahuan anda, ais membantu untuk meredakan keradangan yang terasa pada sendi anggota yang terlibat. 

Tambahan itu, ia juga membantu untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang sakit secara beransur-ansur. 

Kesimpulannya, masalah sakit bahu boleh menyebabkan aktiviti harian seseorang individu jadi terganggu. 

Disebabkan itu, pastikan anda menerima rawatan fisioterapi dengan segera bagi mengurangkan rasa sakit tersebut. 

Pusat rawatan fisioterapi kami; Flex Physioterapy, bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan segera. 

Selain daripada rawatan sakit bahu, kami juga menawarkan rawatan lain seperti: 

Jadi, jangan tangguh lagi dan segera dapatkan rawatan berkenaan bagi mengelakkan risiko yang lebih besar. 

DAPATKAN RAWATAN UNTUK SAKIT BAHU SEKARANG!

Leave a Reply