fbpx

ARTIKEL DI AKHBAR AL-SIHA EDISI 8

KESAN PENGGUNAAN BABY WALKER:

  1. Tulang belakang  semakin menjadi lekuk ‘C’ dan menghalang  proses lekukan lain.
  2. Tidak boleh  menampung badan untuk berdiri tegak semasa anak anak  bergerak menggunakan baby walker.
  3. Tulang belakang yang belum sepenuhnya terbentuk akan menyebabkan kyphosis (bongkok) dan apabila ianya berlaku, akan terjadilah tekanan kepada tulang belakang dan akhirnya juga akan menyebabkan  skoliosis (bengkok).
  4. Membantutkan perkembangan  kanak- kanak  dari segi fizikal.

 

Bagaimana untuk selamat dan memastikan anak anak tidak mengalami masalah lambat perkembangan semasa menggunakan baby walker?

  • Umur minimum penggunaan ialah 4 bulan, maksimum 16 bulan
  • Ibubapa hendaklah memastikan otot leher anak anak sudah cukup kuat untuk angkat kepala. Antara senaman untuk menguatkan otot leher ialah, dengan meletakkan anak meniarap seperti dibawah.
  • Ibubapa hendaklah memastikan kaki anak anak sudah boleh menjejak lantai dan boleh menapung badan dengan kaki.
  • Limitkan masa penggunaan.
  • Ibubapa hendaklah memastikan kawasan sekitar anak anak selamat untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan.
  • Sekiranya anak anak sudah pandai berjalan, jangan gunakan baby walker lagi.
  • Penggunaan baby walker jenis berdiri lebih sesuai berbanding jenis duduk.
(Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Ogos 2018 @ 12:21 AM)