Persoalannya sekarang, bolehkah dompet di belakang menyebabkan tulang belakang anda bengkok (Skoliosis)?
Kita dihebohkan dengan tabiat menyimpan dompet di poket seluar bahagian belakang dan tidak mengeluarkannya ketika duduk boleh menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok (Skoliosis).
Skoliosis: Jangan mudah terpedaya dengan berita yang tersebar terutamanya di media sosial. Ianya hanya MITOS !
Menurut Dr Mahyuddin, seorang pakar bedah orthopedik menyatakan tulang belakang kita bersifat fleksibel dan apabila meletakkan dompet pada poket belakang seluar tidak akan menjadikan tulang belakang bengkok secara kekal. Tulang belakang akan menyesuaikan postur dengan dompet di pinggul. Ini adalah untuk memastikan kepala dan badan kita sentiasa tegak. Bagaimanapun, ia adalah sementara.
Namun, jika dilakukan secara berterusan, ianya mungkin akan menyebabkan sakit lain. Antaranya ialah:
- Sakit belakang
- Otot belakang kejang (muscle spasm)
- Tekanan pada saraf sciatic (jika dompet terlalu tebal). Ini boleh mengakibatkan kebas dan kesakitan yang menjalar dari pinggul hingga ke peha dan betis.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.