Penyakit Parkinson adalah disebabkan oleh gangguan sistem saraf kerosakan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.
Namun ia bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Majoriti terkena penyakit ini adalah warga emas. Kesukaran untuk berjalan, bercakap dan melakukan kerja-kerja lain adalah kesan daripada penyakit Parkinson.
4 Tanda dan Gejala utama Parkinson:
-
Menggeletar (Tremor)
Tangan menggeletar secara tiba-tiba adalah salah satu darinya. Ia juga boleh terjadi pada lengan, kaki, rahang atau muka. Gejala ini sering berlaku ketika bahagian anggota tubuh tersebut sedang rileks atau tidak berbuat apa apa.
-
Kaku ataupun kejang pada anggota badan (Rigidity)
Kekejangan pada otot mungkin boleh berlaku pada tangan, kaki atau mana-mana anggota badan.
-
Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
Gejala ini menyebabkan gerakan terbatas dan pesakit tidak mampu bergerak pantas seperti biasa. Oleh itu, pesakit memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sebarang aktiviti
-
Ketidakseimbangan badan
Kemerosotan keseimbangan, kestabilan postur dan koordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
Cara untuk Mengurangkan Penyakit Parkinson
Pesakit mengalami kesukaran apabila menghadapi penyakit ini. Berikut adalah beberapa tip untuk menangani gejala penyakit Parkinson:
1. Berjumpa dengan doktor
- Mendapatkan ubat-ubatan dan rawatan yang sesuai dilakukan daripada doktor.
- Pening atau pitam mungkin berlaku terutamanya apabila bangun daripada posisi duduk atau baring. Bangun dengan perlahan-lahan boleh mencegah kesan sampingan ini daripada berlaku. Sila dapatkan khidmat nasihat doktor jika keadaan ini berterusan atau bertambah buruk.
2. Senaman
- Berjalan-jalan di luar rumah atau kompleks beli-belah, berjalan pantas atau di atas mesin anjakan pada kelajuan berbeza
- Latihan melangkah melalui halangan
- Berjalan sambil mendengar muzik dan melakukan senaman tanga
- Menaiki tangga
Ia boleh membantu pesakit Parkinson mengawal pergerakan dengan lebih baik, mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi atau otot
Ia juga membantu meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung anda. Jangan lupa jumpa doktor jika ingin melakukan aktiviti fizikal.
3. Diet
Pemakanan yang baik boleh mengurangkan kes penyakit Parkinson seperti patah tulang, kekurangan air, sembelit, dan susut berat badan. Amalkan tabiat pemakanan berikut bagi membantu mengurangkan masalah tersebut:
- Minum enam hingga lapan gelas air sehari.
- Lebihkan makanan seperti prun, sayur-sayuran, dan makanan yang tinggi serat.
- Makan sesuatu yang sejuk dan masam sebelum makan untuk mengelakkan mulut kering.
- Bincang dengan doktor dan ahli farmasi anda mengenai isu-isu makanan khusus yang berkaitan dengan ubat-ubatan anda. Sebagai contoh, makanan tinggi protein boleh mengganggu penyerapan ubat levodopa.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.