fbpx

Gambar 1: Parkinson dan Cara Mengatasinya

Penyakit Parkinson adalah disebabkan oleh gangguan sistem saraf kerosakan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.

Namun ia bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Majoriti terkena penyakit ini adalah warga emas.Kesukaran untuk berjalan, bercakap dan melakukan kerja-kerja lain adalah kesan daripada penyakit Parkinson.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

4 Tanda dan Gejala utama Parkinson:

  • Menggeletar (Tremor)

Tangan menggeletar secara tiba-tiba adalah salah satu darinya. Ia juga boleh terjadi pada lengan, kaki, rahang atau muka. Gejala ini sering berlaku ketika bahagian anggota tubuh tersebut sedang rileks atau tidak berbuat apa apa.

Gambar 2: Tangan Mengeletar
  • Kaku ataupun kejang pada anggota badan (Rigidity)

Kekejangan pada otot mungkin boleh berlaku pada tangan, kaki atau mana-mana anggota badan.

Gambar 3: Kekejangan Pada Otot
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)

Gejala ini menyebabkan gerakan terbatas dan pesakit tidak mampu bergerak pantas seperti biasa. Oleh itu, pesakit memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sebarang aktiviti

Gambar 4: Pergerakan Perlahan
  • Ketidakseimbangan badan

Kemerosotan keseimbangan, kestabilan postur dan koordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Gambar 5: Ketidakseimbangan badan

Cara untuk Mengurangkan Penyakit Parkinson

Pesakit mengalami kesukaran apabila menghadapi penyakit ini. Berikut adalah beberapa tip untuk menangani gejala penyakit Parkinson:

  1. Berjumpa dengan doktor
  • Mendapatkan ubat-ubatan dan rawatan yang sesuai dilakukan daripada doktor.
  • Pening atau pitam mungkin berlaku terutamanya apabila bangun daripada posisi duduk atau baring. Bangun dengan perlahan-lahan boleh mencegah kesan sampingan ini daripada berlaku. Sila dapatkan khidmat nasihat doktor jika keadaan ini berterusan atau bertambah buruk.

2. Senaman

  • Berjalan-jalan di luar rumah atau kompleks beli-belah, berjalan pantas atau di atas mesin anjakan pada kelajuan berbeza
  • Latihan melangkah melalui halangan
  • Berjalan sambil mendengar muzik dan melakukan senaman tanga
  • Menaiki tangga

Ia boleh membantu pesakit Parkinson mengawal pergerakan dengan lebih baik, mengurangkan masalah gaya berjalan dan kecederaan sendi atau otot

Ia juga membantu meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan tenaga, stamina dan kesihatan jantung anda. Jangan lupa jumpa doktor jika ingin melakukan aktiviti fizikal.

3. Diet

Pemakanan yang baik boleh mengurangkan kes penyakit Parkinson seperti patah tulang, kekurangan air, sembelit, dan susut berat badan. Amalkan tabiat pemakanan berikut bagi membantu mengurangkan masalah tersebut:

  1. Minum enam hingga lapan gelas air sehari.
  2. Lebihkan makanan seperti prun, sayur-sayuran, dan makanan yang tinggi serat.
  3. Makan sesuatu yang sejuk dan masam sebelum makan untuk mengelakkan mulut kering.
  4. Bincang dengan doktor dan ahli farmasi anda mengenai isu-isu makanan khusus yang berkaitan dengan ubat-ubatan anda. Sebagai contoh, makanan tinggi protein boleh mengganggu penyerapan ubat levodopa.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#parkinson #tanganmenggeletar #ketidakseimbangan #jalanperlahan #kejangotot #kaku #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu