Patutla Badan Rasa Sakit-sakit Selepas Angkat Barang, Rupanya Salah Cara…
Posisi Betul Mengangkat Berat
Teknik SMART Atau SMART Technique
S: Size up the load.
-
- Anggarkan berat/saiz/bentuk beban. Gerakkan beban ke kanan dan ke kiri secara perlahan-lahan bagi mempastikan kapasiti anda mengendalikan bebanan tersebut.
-
- Pastikan adakah beban tersebut perlu dialih sebelum diangkat.
- Tetapkan lokasi beban hendak diletakkan. Pastikan laluan tidak mempunyai halangan.
- Buat keputusan samada peralatan mekanikal atau bantuan rakan lain diperlukan.
M: Move the load as close to your body as possible
-
- Rapatkan beban dengan badan anda. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.
-
- Ampu/gengam beban tersebut menggunakan tangan dengan sekemas yang boleh.
A; Always bend your knee
-
- Letakkan kaki hadapan anda di sisi beban tersebut.
- Letakkan kaki belakang anda di belakang beban tersebut.
-
- Jarak kaki hadapan dan belakang ialah mengikut lebar pinggul anda.
- Minimakan kedudukan bongkok badan.
R : Raise the loads with your leg.
-
- Bengkokkan kaki anda untuk mendapatkan beban tersebut
- Bangun dan angkat beban tersebut menggunakan otot peha anda. Ia merupakan otot yang terbesar dalam tubuh. Otot belakang hanya berfungsi untuk memeluk bebanan tersebut.
-
- Angkat beban dengan menggunakan kaki dan bukannya belakang anda. Angkat perlahan-lahan dan jangan sentap beban.
- Luruskan tulang belakang anda.
- Angkat kepala dan pandang ke hadapan.
- Cara ini boleh mempastikan tulang belakang anda lurus dan dapat melihat ke hadapan/laluan.
- Semasa mengangkat pastikan tangan anda sentiasa lurus dan siku berkedudukan ke dalam.
- Jangan mengubah cengkaman semasa mengangkat beban tersebut.
- Jangan samasekali berpusing semasa mengangkat beban, sebaliknya gunakan kaki anda untuk berpusing kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.
T : Turn Your Feet in the Direction that you want to move the load.
-
- Elakkan perbuatan tidak perlu seperti membongkok, memusing dan menggapai.
- Jika perlu pusing, gunakan kaki anda dan bukannya memusingkan badan anda.
-
- Bercangkung untuk menurunkan beban tersebut, juga dalam keadaan tulang belakang lurus.
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.