Antara kesemua penyakit sendi lutut, osteoarthritis adalah yang paling sering terjadi. DIperkirakan 60-70% sakit sendi lutut adalah kerana OA ini.
Untuk sakit lutut kerana osteoarthritis ini, terdapat beberapa pilihan terapi. Ia bergantung kepada tahap (grade) keparahannya.
OA ada 4 tahap dan tahap ini hanya dapat ditentukan dengan tepat menggunakan pemeriksaan X-ray.
PENERANGAN MENGENAI TAHAP DALAM OA DI LUTUT
TAHAP SATU
– Tulang rawan belum haus. Sakit terjadi akibat berkurangnya cecair di celahan sendi lutut. Bila bergesel sendi, akan sakit. Ini tahap paling awal. Sekiranya anda mendapatkan rawatan pada tahap ini, sakit boleh hilang sepenuhnya.
TAHAP DUA
– Tulang rawan sudah mula haus. Ini terjadi kerana cairan yang berkurang tidak dirawat, geseran yang terjadi lama kelamaan menyebabkan sendi semakin haus. Tandanya adalah celahan sendi pada xray semakin menyempit.
TAHAP TIGA
– Tulang rawan semakin menipis. Tulang keras hampir bertemu antara tulang peha dan betis, tapi belum bertemu (pada gambar xray). Cairan sendi amatlah sedikit. Pada keadaan ini, berjalan sedikit pun sudah sakit, namun sendi masih boleh dilipatkan sedikit.
TAHAP EMPAT
– Tahap paling parah. Dari gambaran xray. tulang peha dan tulang betis sudah bertemu antara satu sama lain. Tulang rawan sudah tiada lagi. Pada keadaan ini, amat susah untuk berjalan.
– Sendi menjadi ketat, kadang kaki sudah mula membengkok bila berdiri tegak. Kebiasaannya sudah bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Sudah tidak boleh melipatkan sendi lutut.
PENTING :
Tahap 4 adalah paling serius.
Rawatan sakit lutut yang tinggal hanyalah pembedahan menggantikan sendi. Tiada ubat, injeksi atau makanan tambahan yang dapat membantu. Rujuk segera ke doktor pakar ortopedik!
Tahap satu dan tahap dua, adalah dalam kategori awal. Sekiranya mendapat rawatan, hasil akhir boleh mengurangkan sakit secara total. Jika tidak mendapatkan terapi, lutut akan perlahan berganjak menjadi tahap ketiga dan keempat. – FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.