fbpx Skip to main content

APHASIA adalah masalah pertuturan yang mengganggu keupayaan untuk berkomunikasi. Ini biasanya terjadi setelah stroke atau cedera di kepala.

Aphasia dapat mempengaruhi kemampuan untuk mengekspresikan dan memahami bahasa, baik lisan mahupun bertulis.

Jika anda perlu berkomunikasi dengan orang yang mempunyai masalah aphasia…

  • Gunakan ayat yang mudah: Bercakap dalam ayat yang ringkas dan mudah difahami.
  • Bersabar: Memberikan masa yang panjang kepada pesakit untuk menjawab persoalan.
  • Jauhkan dari sebarang gangguan: Tutup TV atau radio.
  • Perlu menjadi kreatif: Cuba pelbagaikan cara berkomunikasi seperti menulis, menggunakan gaya tangan atau menggunakan tab.
  • Pengesahan: Mengulangi semula apa yang pesakit tuturkan.

Jika anda mempunyai masalah aphasia…

  • Perlu mengambil masa yang lama untuk bercakap.
  • Menggunakan alat bantuan seperti gambar, pen, kertas dan lain-lain.
  • Jangan terlalu memaksa diri anda untuk cuba bertutur dengan sempurna.
  • Jangan berasa tertekan disebabkan masalah pertuturan ini.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

 

Leave a Reply