fbpx

Jika anda sering sakit belakang yang melampau serta rasa kebas pada kaki atau tangan,

Jom check jika masalah anda itu berkaitan dengan ‘Slipped Disc’…

 


Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Majoritinya berlaku dalam kalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan. Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

 


APA ITU ‘SLIPPED DISC’?

 

 

Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.


BAGAIMANA ‘SLIPPED DISC’ TERJADI?

Slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.


APAKAH SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA ‘SLIPPED DISC’?

 


1. Sakit belakang


2. Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota badan)


3. Cauda equina (kegagalan mengawal air besar atau air kencing) 

 

Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? Klik di sini


APAKAH PUNCA-PUNCA ‘SLIPPED DISC’?


1. Trauma

– Contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.


2. Pesakit mengangkat bebanan yang berat

– Contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama


3. Postur yang salah semasa duduk atau mengangkat barang.

– Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.


4. Duduk terlalu lama

– Contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu


5. Sukan mengangkat berat

 

OBJEKTIF RAWATAN FISIOTERAPI


Mengurangkan sakit

Menguatkan otot belakang dan abdominal

Mengekalkan julat pergerakan badan

Meningkatkan julat pergerakkan badan

Membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit


Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.

 

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? Klik di sini