fbpx

Gambar 1: Plank

Apakah senaman ringkas yang tidak memerlukan sebarang alatan namun memberi impak besar dalam jangka masa yang pendek?

Ya, ia adalah senaman plank, ia mudah dan praktikal untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Ada sesetengah individu mudah berputus asa kerana tidak mampu menahan selama 1 minit dan rasa menggigil serta keluar peluh yang banyak. Namun, anda perlu tahu teknik plank yang betul dan ia  bermanfaat kepada tulang belakang.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

5 Kelebihan Melakukan Plank Setiap Hari:

  • Meningkatkan kekuatan dan keseimbangan badan
Gambar 2: Kekuatan dan Keseimbangan Badan

Plank mampu meningkatkan kekuatan otot abdomen dan menstabilkan kekuatan pada tulang belakang. Ia mampu memberi kesan kepada keseimbangan badan iaitu tidak mudah jatuh ketika berjalan ataupun cedera ketika bersenam.

  • Mengurangkan risiko kecederaan
Gambar 3: Mengurangkan Risiko Kecederaan

Apabila otot belakang kuat, ia mampu melindungi kecederaan luar di bahagian tulang belakang dan pinggul. Menurut American Council on Exercise, seseorang yang melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia juga memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.

  • Membaiki postur tubuh badan
Gambar 4: Membaik Postur Tubuh Badan

Tahukah anda postur badan ketika anda berdiri merupakan postur badan yang penting bagi tulang belakang. Plank membantu membaiki postur tubuh yang baik dan stabil. Ia juga mampu membuatkan anda duduk lebih lama tanpa rasa penat.

  • Meningkatkan kelenturan badan (fleksibiliti)
Gambar 5: Fleksibiliti badan

Plank meningkatkan kemampuan fleksibiliti badan anda. Anda mampu bergerak tanpa risiko kecederaan, bahu, tulang kipas dan tulang selangka dan cepat penat ketika bersenam apabila mempunyai tubuh badan yang fleksibel.

  • Meningkatkan kesihatan mental
Gambar 6: Meningkatkan Kesihatan Mental

Senaman plank juga membantu kita untuk menenangkan fikiran anda. Ia kerana plank memberi kesan secara tidak langsung kepada sistem saraf. Dengan kesihatan sistem saraf yang baik, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan melegakan sebarang tekanan sama ada fizikal dan mental.

Cara Melakukan Plank Dengan Betul Dan Bertahan Dengan Lebih Lama

  1. Letakkan siku di atas lantai, manakala pergelangan tangan 90’ darjah dengan siku.
  2. Dengan menggunakan tangan dan kaki, angkat tubuh ke atas dengan posisi leher lurus. Posisi kaki pula lurus ke belakang. Cuma hujung kaki sahaja menyentuh lantai.
  3. Pastikan badan lurus dan tahan otot perut.
  4. Tahan posisi ini sambil terus bernafas.
  5. Lakukan plank dengan kemampuan anda.
  6. Selain posisi biasa ini anda boleh mencuba senaman plank posisi yang lain. (High Plank, Single Leg Plank)

Kesalahan Ketika Melakukan Plank

Untuk mencegah daripada kecederaan dan mendapatkan manfaat plank secara sempurna, jauhi beberapa kesalahan berikut:

  1. Punggung naik melebihi tulang belakang.
  2. Menahan nafas ketika melakukan plank.
  3. Kepala dongak ke atas.
  4. Pinggang terlalu rendah daripada kaki
  5. Melakukan plank di atas permukaan keras seperti jalan raya.
  6. Plank terlalu lama (melebihi 5 minit)

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

#plank #kelebihanplank #caraplank #kuatkanbadan #kurangcedera #posturbadan #fleksibiliti #kesihatanmental #fisioterapi #fisioterapiKelantan #fisioterapiTerengganu