fbpx Skip to main content

Sakit tumit kaki kebiasaanya terjadi oleh plantar fasciitis, iaitu satu keadaan sindrom bonjolan tulang (heel spur syndrome). Ia terjadi disebabkan kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.

Keadaan ini menyebabkan kesakitan yang melampau pada tumit dan ia akan jadi lebih sakit apabila bergerak. Jika tumit kaki terasa sakit menyucuk apabila menaiki tangga atau selepas berdiri untuk tempoh masa yang agak lama, anda mungkin mengalami plantar fasciitis.

Apakah penyebab berlakunya ‘Plantar Fasciitis’

  • Berat badan yang berlebihan.

Mempunyai berat badan berlebihan ini akan menambahkan tekanan pada tumit . Kebanyakan wanita hamil juga mengalami masalah ini disebabkan pertambahan berat badan.

  • Memakai kasut yang tidak sesuai.

Pemakaian kasut sama ada ketat, keras atau tidak mempunyai pelapik yang elok merupakan punca ‘plantar fasciitis’. Kasut tumit tinggi juga menyebabkan kerosakan secara perlahan-lahan pada ligament di kaki.

  • Banyak berjalan, berlari, atau berdiri lama.

Apabila banyak menggunakan otot kaki secara berlebihan seperti olahraga berlari, ia memberikan tekanan berlebihan pada tumit.

  • Memiliki bentuk kaki yang terlalu rata atau terlalu melengkung.

‘Plantar fasciitis’ lebih berisiko terjadi pada seseorang yang memliki tapak kaki yang rata (flat foot) atau terlalu melengkung. Begitu juga yang memilik cara berjalan yang tidak normal.

Antara gejala-gejala berlakunya ‘Plantar Fasciitis’:

  • Rasa sakit yang tajam pada tapak kaki.
  • Sakit yang teruk pada waktu pagi bila bangun daripada tidur.
  • Mengalami bengkak dan sakit apabila ditekan.
  • Sakit semasa berjalan. Kemungkinan berjalan dengan tempang disebabkan tidak dapat menanggung berat badan pada kaki yang sakit.

Siapa yang lebih cenderung mendapat ‘Plantar Fascitiis’?

Wanita adalah dua kali ganda lebih biasa mendapat sakit tumit berbanding lelaki. Ia kemungkinan disebabkan wanita sering memakai kasut tumit tinggi dan juga disebabkan kehamilan.

Ia selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun. Selain itu, atlet, tentera atau seseorang yang aktif juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki atau sakit tumit yang dikenali sebagai plantar fasciitis ini.

Ia boleh dirawat dengan cara berikut:

  1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa.
  2. Mengurangkan berat badan.
  3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex.
  4. Fisioterapi – ultrasound / heat / cold.

Senaman ringkas untuk mengurangkan sakit yang boleh dilakukan dirumah:

Anda boleh mengikuti langkah seperti yang ditunjukkan dalam video dibawah. Selamat mencuba!

https://www.youtube.com/watch?v=W2n-aWaxIT8&t=9s


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply