Kebas tangan merupakan suatu perkara yang dialami di kalangan ramai penduduk di Malaysia. Namun ramai tidak tahu tentang mengapa ia berlaku.
Mereka juga tidak mengambil tindakan kerana menganggap kesakitan itu akan hilang dengan sendiri. Oleh itu, mereka tidak mengambil langkah untuk mengatasi perkara ini.
Hakikatnya, tindakan perlu diambil kerana masalah ini boleh membawa implikasi buruk pada jangka panjang.
Di dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda punca seseorang itu mengalami masalah kebas tangan dan juga rawatan yang perlu diambil.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat ilmu yang bermanfaat.
Punca Kebas Tangan
Di bahagian ini, kami akan terangkan kepada anda beberapa situasi yang boleh menyebabkan masalah ini. Anda boleh ke hospital untuk memastikan masalah yang anda mengalami.
- Trauma Kecederaan
Ini merupakan antara punca yang paling besar di kalangan rakyat. Kecederaan akan menyebabkan trauma yang boleh menyebabkan rasa kebas kepada tangan anda.
Contohnya, kecederaan kepada tengkuk belakang iaitu slipped disc, boleh menyebabkan masalah saraf di bahagian itu. Ia juga boleh menyebabkan masalah tangan anda menjadi kebas.
- Toksin Berlebihan
Toksin yang berlebihan di dalam badan kita juga boleh membawa kepada masalah ini. Toksin yang berlebihan dalam badan kita seperti logam boleh menyebabkan saraf rosak.
Antara punca yang menyebabkan badan kita mengandungi toksin logam yang banyak adalah kerana mengambil produk kosmetik yang mengandungi merkuri.
Ini sangat bahaya dan boleh membawa kepada banyak masalah lain.
- Kencing Manis
Penyakit kencing manis atau diabetes juga boleh menyebabkan masalah kebas tangan kiri atau kanan.
Pada mulanya, ia akan merosakkan saraf di bahagian kaki dan seterusnya jika ia semakin teruk, ia boleh menyebabkan masalah di bahagian tangan pula.
- Vitamin Tidak Mencukupi
Terdapat banyak vitamin yang penting untuk perkembangan saraf. Vitamin seperti B1, B6 dan E sangat berkait rapat.
Jika badan kita tidak mempunyai vitamin-vitamin ini dengan cukup, ia boleh menyebabkan masalah pada saraf dan seterusnya menyebabkan masalah di bahagian tangan.
- Pengambilan Alkohol
Pengambilan alkohol boleh membawa kepada masalah saraf. Ini kerana alkohol boleh menyebabkan vitamin thiamin kurang dalam salur darah.
Kekurangan vitamin ini sangat bahaya kerana ia penting untuk pembentukan saraf. Ia boleh membawa kepada masalah kebas di tangan dan juga kebas pada bahagian lain di badan.
- Kehamilan (bagi wanita)
Wanita yang hamil dan wanita yang baru melahirkan anak juga mengalami masalah ini. Ini kerana semasa tempoh kehamilan, si ibu akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan seperti badan mula mengembang dan membesar.
Selain itu, perubahan hormon juga mengakibatkan tubuh badan ibu mengeluarkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen pada pergelangan tangan.
Keadaan ini menyebabkan tempat tersebut membengkak lalu mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Masalah ini dipanggil sebagai Sindrom Carpal Tunnel.
Cara-Cara Untuk Membantu Mengurangkan Masalah Kebas Tangan
Jadi bagaimana nak mengurangkan masalah kebas tangan? Ada beberapa cara yang boleh kita amalkan untuk menghadapi masalah ini.
- Senaman
Senaman seperti regangan, pengukuhan, dan postur akan dapat membantu membaikpulih simptom dan juga meningkatkan kekuatan otot.
- Rendam tangan dalam air sejuk
Letak pergelangan tangan anda atau rendam dalam air dipenuhi ais selama 10 minit hingga 15 minit sekali atau dua kali sejam.
- Rendam tangan dalam air suam
Lagi satu cara yang anda boleh cuba adalah dengan rendam tangan dalam air suam dengan suhu 92-100 darjah.
Kemudian, perlahan-lahan gerakkan tangan dan pergelangan tangan anda. Lakukan ini tiga hingga empat kali sehari.
- Menggoyangkan tangan dan pergelangan tangan
Lakukan ini dengan lembut dan perlahan. Ini akan dapat meringankan kesakitan.
Rawatan Fisioterapi Untuk Kebas Tangan
Rawatan fisioterapi merupakan satu cara yang bagus untuk mengatasi masalah kebas.
Fisioterapi boleh mengurangkan masalah saraf jika ia dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah.
Mereka akan menolong anda untuk membaiki saraf anda dengan merancang program rehabilitasi yang sesuai untuk anda.
Tidak semua masalah perlu dirawat dengan ubat atau konsultasi doktor. Terdapat juga masalah yang memerlukan rawatan fizikal seperti fisioterapi.
Ahli fisioterapi juga akan menghubungi anda selepas program anda tamat untuk mendapat tahu tentang progres anda.
Ini untuk pastikan servis fisioterapi yang anda ambil akan menyelesaikan masalah yang anda telah hadapi.
Namun ia penting untuk ingat bahawa tidak semua masalah kebas boleh dirawat dengan fisioterapi.
Jika masalah anda pada tahap yang teruk, maka anda perlu rujuk kepada pakar untuk menjalani rawatan di hospital.
Kesimpulannya, masalah kebas tangan berpanjagan tidak boleh dipandang dengan remeh kerana boleh membawa implikasi yang sangat teruk pada jangka lama.
Sekiranya anda sedang mencari tempat untuk konsultasi dan rawatan untuk terapi fizikal, hubungi Flex Physiotherapy.
Mereka terdiri daripada ahli fisioterapi yang pakar dalam merawat masalah seperti sakit sendi, sakit belakang, slip disc, pemulihan selepas pembedahan, pelbagai lagi.
Flex Physiotherapy menggunakan teknik ‘hands-on’ seperti:
- Joint Mobilization,
- Trigger Point Release,
- Cyriax Dan
- Mulligan.
Rata-rata pesakit yang telah mendapatkan rawatan di sini amat berpuas hati dan kini kembali dengan kesihatan yang baik.