fbpx Skip to main content

Kalaupun situasi ini tak pernah terjadi kepada anda, pasti anda pernah terasa peritnya sakitnya.

Rasa seperti tidak mahu berjalan lagi. Rasa bengkak yang membuak-buak membuatkan anda hanya ingin duduk sahaja di rumah.

Apa Itu Sakit Tumit?

Tumit adalah tulang terbesar dan terpenting di antara 26 tulang yang ada di kaki. Ia berperanan menyokong berat badan dan menyerap tekanan ketika berjalan atau melompat.

Kesan tekanan pada bahagian kaki adalah 1 ¼ kali ganda berat badan dan boleh meningkat sehingga 2 ¾ kali ganda jika anda berlari.

Sakit tumit terjadi apabila terdapat bonjolan tulang yang dipanggil plantar fasciitis pada tulang tumit iaitu di bahagian bawah tulang. Bonjolan tersebut menyebabkan rasa sakit kepada seseorang terutama apabila bergerak.

Punca Sakit Tumit

Ramai wanita gemar memakai kasut bertumit tinggi meskipun mereka sedar akan keburukannya.

Apatah lagi jika ia dipakai dalam satu tempoh yang panjang, contohnya sepanjang waktu bekerja.

Tabiat memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja mendatangkan sakit tumit, bahkan ia akan memberi kesan terhadap bahagian belakang badan anda.

2. Obesiti

Tumit ‘dipaksa’ untuk bekerja keras bagi menampung badan anda apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan.

Jika anda gemar makanan segera, makan lewat malam dan kurang bersenam, maka sudah tiba masanya untuk anda mula mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ini sekaligus dapat mengelakkan anda mengalami sakit tumit.

3. Plantar Fasciitis

Plantar fascia merupakan himpunan tisu penghubung dari bahagian tulang tumit ke bebola kaki.

Keradangan boleh berlaku apabila anda menggunakan kasut rata dan berjalan dalam tempoh yang lama, begitu juga jika anda mengenakan kasut tumit tinggi.

4. Selalu Pijak Lantai Simen

Kalau menurut kata orang-orang tua, lantai simen itu sejuk dan boleh menyebabkan bisa jika anda memijaknya dalam tempoh yang lama.

Untuk mengelakkan sakit tumit, pijak lantai simen yang telah dialas dan pakai selipar.

5. Kecederaan Pada Tumit

Contohnya wujud kecederaan pada tumit contohnya retakan tekanan dalam tulang tumit sehingga berlakunya ketegangan pada otot, tulang dan ligament di bahagian tumit.

Rawatan Untuk Sakit Tumit

1. Rawatan Doktor

Untuk mengurangkan rasa sakit tumit tersebut, anda akan diberikan ubat penahan sakit dan ubat anti radang bukan steroid seperti ibuprofen dan paracetamol. Ia bertindak melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak.

Jika keadaan semakin teruk sehingga menyukarkan anda bergerak, pembedahan mungkin menjadi satu langkah terakhir.

Dua kaedah pembedahan bagi menangani sakit lutut adalah gastrocnemius yang bertujuan memanjangkan otot betis dan meningkatkan pergerakan pergelangan kaki. Manakala pembedahan plantar fasciitis pula memotong ligament supaya ketegangan di kaki dapat diredakan.

2. Senaman Ringan

Lakukan beberapa senaman ringan untuk meregangkan dan meredakan tisu di bahagian tapak kaki.

Pertama:  Berdiri di hujung bahagian anak tangga. Pastikan tumit berada di atas angin dan tidak mencecah lantai. Berdiri beberapa minit untuk memastikan bahagian tapak kaki meregang

Kedua: Gunakan botol. Letakkan kaki kaki di atas botol dan tekan. Sambil tekan sambil tolak botol itu ke depan dan belakang menggunakan kaki. Ia akan meregangkan tisu di bahagian tapak kaki.

3. Rawatan Fisioterapi

Kaedah rawatan ini amat terkenal dalam merawat mereka yang menderita masalah tulang, otot dan sendi.

Dapatkan rawatan fisioterapi untuk sakit tumit kaki anda di Flex Physiotherapy, sebuah perkhidmatan rawatan yang menggunakan kaedah physio manual therapy dan rawatan elektroterapi selain senaman dan nasihat penjagaan.

Para juruterapi di Flex Physiotherapy merupakan mereka yang bertauliah di dalam bidang fisioterapi, dengan menggabungkan kaedah rawatan saintifik dan mengikut kesesuaian pesakit.

Flex Physiotherapy juga menyediakan rawatan ke rumah untuk keselesaan pesakit, selain mempunyai pusat rawatan sendiri. – FP


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply