Punca stroke berlaku sering merujuk kepada keadaan di mana saluran darah tersumbat atau pecah. Dan stroke boleh diklafikasi kepada dua jenis.
Dua jenis itu adalah stroke iskemia dan stroke berdarah.
keadaan ini akan menyebabkan kegagalan beberapa bahagian otak untuk berfungsi. Bahagian-bahagian otak yang kritikal berisiko mengalami kerosakan kekal dan sukar untuk dirawat.
Oleh itu, penting bagi kita mengenali punca stroke terjadi untuk mengambil langkah pencegahan awal. Jadi, teruskan membaca!
Jangan Pandang Rendah Pada Punca Awal Stroke
Berdasarkan data terkini, terdapat peningkatan kes stroke dalam kalangan pesakit muda di malaysia terutamanya lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an sehingga 40-an.
Lebih merisaukan lagi, ramai mengabaikan gejala awal stroke kerana beranggapan ia tidak serious.
Menurut Dr Wan Asyraf Wan Zaidi, Pakar Neurologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, masyarakat perlu mengambil berat tentang hal ini dan tidak berlengah untuk mendapatkan rawatan.
Stroke lazimnya terbahagi kepada dua iaitu 75% membabitkan masalah salur darah tersumbat manakala sebahagian lagi salur darah pecah sebanyak 25%.
Penyakit ini berlaku secara tiba-tiba namun, hanya dengan rawatan awal, anda mampu menyelamatkan nyawa anda.
Oleh itu, jika anda mempunyai simptom-simptom stroke, segera dapatkan rawatan pakar untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk.
Berikut merupakan gejala-gejala utama bagi seseorang yang
mengalami stroke:
- Berasa lemah dan kebas pada bahagian sebelah muka, tangan dan kaki
- Sukar untuk bercakap dengan jelas
- Kurang berupaya untuk memahami sesuatu
- Hilang keupayaan untuk mengimbangkan badan dan berjalan
- Sukar mengawal pergerakan
- Penglihatan menjadi kabur
- Sukar untuk menelan
- Sakit kepala yang teruk
- Mual dan muntah-muntah
7 Punca Stroke
Apakah punca-punca terjadinya stroke atau angin ahmar? Mari kita lihat.
-
Usia, jantina dan keturunan
Semakin lanjut usia, semakin tinggi peluang untuk menghidapi stroke.
Mengikut jantina pula, lelaki mempunyai risiko stroke yang lebih tinggi berbanding wanita. Akan tetapi, risiko stroke akan jadi sama setelah wanita tersebut menopaus.
Selain itu, jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi stroke pada usia muda, anda terdedah dengan risiko yang lebih tinggi.
-
Merokok
Merokok sering dikaitkan dengan kesan buruk yang terjadi pada arteri yang seterusnya akan menyumbangkan kepada tekanan darah tinggi.
Jika anda merupakan seorang perokok tegar, anda dan keluarga berdepan risiko stroke sebanyak 1.5 hingga 2.5 kali ganda.
Risiko stroke akan berkurangan dengan banyak jika anda berhenti merokok.
Tidak terlalu lambat bagi anda untuk berhenti merokok kerana risiko untuk perokok yang telah berhenti merokok selama lima tahun adalah sama dengan seseorang yang tidak merokok.
-
Tekanan darah tinggi dan kencing manis
Seterusnya, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal empat kali ganda berpotensi untuk meningkatkan risiko stroke.
Kondisi ini boleh terjadi apabila seseorang mengalami tekanan darah tinggi melebihi 140/90 mmHg secara berulang kali dan dibiarkan tanpa dirawat.
Sekiranya anda menghidap kencing manis, pastikan tekanan darah anda tidak melebihi 130/80 mmHg.
Ini kerana, masalah kencing manis yang tidak terkawal dalam tempoh masa yang lama akan merosakkan saluran darah dan saraf.
Risiko serangan stroke bagi pesakit kencing manis pula adalah sebanyak 1.5 kali ganda.
-
Kolesterol tinggi
Salah satu punca lain stroke adalah paras kolesterol yang tinggi.
Ini kerana, penyempitan pada saluran darah boleh menyebabkan pengaliran darah ke bahagian organ-organ penting tersekat .
Ini termasuk juga pengaliran darah ke otak. Dengan ini, risiko stroke juga akan meningkat.
-
Gaya hidup tidak sihat
Gaya hidup yang kurang aktif juga merupakan salah satu punca stroke.
Oleh itu, pastikan anda kerap bersenam sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali seminggu selama 30-60 minit setiap hari.
Senaman secara konsisten bukan sahaja dapat mencegah stroke tetapi dapat juga membantu mengurangkan obesiti, mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol.
Dengan bersenam, anda dapat membakar pengumpulan lemak berlebihan dalam badan dan mengurangkan risiko mengalami masalah-masalah tersebut.
-
Masalah jantung
Pesakit yang mengalami masalah jantung dan mempunyai degupan jantung tidak stabil mempunyai 60% hingga 80% risiko lebih tinggi untuk mengalami serangan stroke.
-
Pengambilan minuman keras dan barang terlarang yang berlebihan
Secara purata, tekanan darah boleh meningkat dengan pengambilan alkohol lebih daripada satu minuman sehari untuk wanita dan dua minuman sehari untuk lelaki.
Secara khususnya, 30ml bagi minuman keras, 330ml ‘beer’ dan 120ml ‘red wine’.
Selain itu, penyalahgunaan dadah juga meningkatkan masalah kepada saluran darah seterusnya mendorong kepada stroke.
Ini kerana, bahan terlarang yang diambil seperti amphetamine akan meningkatkan respons pada urat saraf simpatetik dan menyebabkan tekanan darah semakin meningkat.
Atasi Stroke Dengan Awal
Stroke merupakan penyakit serius yang tidak sepatutnya dipandang ringan oleh semua pihak. Jika, tidak dirawat ia akan membawa maut.
Namun, jangan risau kerana ia dapat dielakkan jika anda mendapatkan rawatan awal.
Oleh itu, anda mestilah sentiasa berjaga-jaga dengan simptom-simptom utama stroke serta melakukan langkah awal untuk mencegahnya.
Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan sampingan bagi masalah stroke, segera hubungi Flex Physiotherapy untuk sesi konsultasi dan rawatan!
================================================
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.