Adakah anda mengalami rasa sakit/radang pada lutut ? Tak tahan sakit sampai terpaksa ‘stop’ bersukan? Tahukah anda masalah ini boleh dirawat tanpa pembedahan? Haa..Jom baca dulu info mengenai ‘Patellar Tendonitis’ di bawah.
.
Apa itu Patellar tendonitis
Patellar tendonitis atau “jumpers knee“ adalah suatu kondisi yang dihasilkan dari penggunaan berlebihan dari lutut.
Biasanya ia terjadi apabila rasa sakit pada tendon patella yang menghubungkan tempurung lutut (patella) dengan tulang tibia, kerana adanya keradangan yang disebabkan oleh ketegangan otot yang terjadi secara terus – menerus.
Umumnya terjadi pada atlet olahraga yang sering melakukan lompatan, seperti bola keranjang dan bola tampar. Namun, orang-orang yang tidak terlibat dalam olahraga yang sering melakukan lompatan juga boleh terkena patellar tendinitis.
Simptom
- Rasa sakit biasanya di antara lutut dan shinbone(tibia).
- Pada mulanya, anda hanya boleh merasakan kesakitan di lutut anda semasa anda memulakan aktiviti fizikal atau hanya setelah latihan yang cukup berat.
- Lama kelamaan, kesakitan semakin teruk dan mula mengganggu ketika anda bermain sukan.
- Akhirnya, rasa sakit mengganggu pergerakan harian seperti memanjat tangga atau bangun dari kursi.
Faktor Risiko.
- Aktiviti fizikal. Berjalan dan melompat biasanya dikaitkan dengan patellar tendonitis.
- Kelemahan dan ketidakseimbangan pada otot peha (quadriceps and hamstring)
- Kemampuan dan teknik melompat
- Berolahraga pada permukaan yang keras
- Penyakit kronik. Sesetengah penyakit mengganggu aliran darah ke lutut, yang melemahkan tendon. Contohnya termasuk kegagalan buah pinggang, rheumatoid arthritis dan kencing manis..
Rawatan Fisioterapi
- Senaman regangan untuk mengurangkan kekejangan otot
- Senaman kekuatan otot peha
- Patellar tendon strap untuk membantu melegakan sakit
Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
Biar kami bantu selesaikan masalah yang anda hadapi. Atau jika ada rakan2 atau ahli keluarga yang menghadapi masalah ini, SHARE POST ini supaya terapis kami dapat bantu mereka..
Dan bila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku
As-syu’ara:80
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.