fbpx

Gambar 1 : Rawatan Fisioterapi Kepada Perkembangan Lambat Kanak-Kanak.

Perkembangan lambat atau perlahan bagi kanak-kanak dan bayi berkait rapat dengan masalah seperti cerebral palsy, Down Syndrome, autisme, kecederaan otak, dystrophies otot, atau sindrom/syarat kongenital yang lain.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat/perlahan untuk mencapai sesuatu pergerakan normal mereka mengikut umur yang sepatutnya , misalnya: bayi yang lambat belajar duduk, merangkak atau berjalan.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Masalah Fizikal.

Gambar 2 : Regangan otot yang tidak normal dan otot-otot yang lemah.

Fisioterapi memberi fokus dalam masalah fizikal. Antara masalah fizikal yang akan ditangani oleh fisioterapi disebabkan kecederaan otak traumatik adalah:

  • Keregangan otot tidak normal: Keregangan otot tinggi ( hipertonia) atau keregangan otot rendah (hipotonia)
  • Kelemahan otot: Boleh berlaku pada satu atau kedua-dua bahagian badan
  • Masalah koordinasi: Ataxia, dyspraxia, dyskinesia, atau pengurangan kawalan motor
  • Masalah keseimbangan dan vestibular: Kerap jatuh atau berasa pening
  • Kelewatan dalam pencapaian perkembangan motor kasar seperti merangkak. duduk, berdiri dan berjalan

Rawatan Fisioterapi

Contoh aktiviti yang dilakukan dalam fisioterapi:

  • Menggunakan mainan kegemaran untuk menggalakkan anak bergerak dengan corak normal.
  • Senaman regangan untuk mengurangkan ketegangan otot supaya anak boleh bergerak dengan lebih mudah.
  • Latihan keseimbangan dengan menggunakan bola gym (duduk atau baring atas bola) atau duduk di atas buaian.
  • Latihan pernafasan dan cara batuk sekiranya mempunyai paru-paru yang lemah atau mempunyai kahak yang banyak.
  • Senaman untuk menguatkan otot dengan menggalakkan anak merangkak komando, memanjat monkey bar, menarik tali, naik turun tangga, berjalan atas permukaan tidak rata atau menggunakan bola gym.
  • Memberi nasihat dan panduan tentang posisi baring, duduk dan berdiri yang betul.
  • Memberi nasihat dan mengajar cara menggunakan alat bantuan berjalan sekiranya perlu.
  • Aktiviti koordinasi seperti membaling bola ke sasaran, melompat dari satu gelung hula

Gambar 3 : Menggunakan mainan kegemaran untuk menggalakkan pergerakan.

NAK Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI), Terengganu (KLIK DI SINI) dan Pahang (KLIK DISINI)

#fisioterapi #flex_fisioterapi_kelantan #flex_fisioterapi_terengganu #flex_fisioterapi_pahang #flex_fisioterapi_kota_bharu #flex_fisioterapi_kuala_terengganu #flex_fisioterapi_kuantan #fisioterapi_kelantan #fisioterapi_terengganu #fisioterapi_pahang #fisioterapi_kota_bharu #fisioterapi_kuala_terengganu #fisioterapi_kuantan