fbpx Skip to main content

Umum mengetahui golongan yang bekerja di pejabat dan perlu duduk di meja dan computer selama berjam-jam. Ini akan mendedahkan anda pada risiko Musculoskeletal disorder seperti sakit tengkuk dan sakit belakang, lenguh pergelangan tangan dan jari-jari.

Posisi kedudukan yang ergonomic termasuk ketinggian kerusi, jarak antara peralatan kompuer dan postur meja yang baik dapat mengurangkan stress pada sendi, otot dan tulang belakang anda.

Dah bersedia untuk lakukan makeover di pejabat anda? Jom kita semak senarai di bawah ini:

 

1.Duduk secara tepat berhadapan kedudukan monitor. Ubah ketinggian monitor komputer pada aras yang sesuai, pastikan bahagian atas monitor berada pada aras yang sama dengan mata bagi memastikan anda tidak tunduk atau mendongak ketika melihat skrin.

2. Bahu dalam keadaan rata dan bahagian belakang ditegakkan dan disokong sepenuhnya. Sekiranya kerusi anda tidak sesuai anda boleh menggunakan bantal khas untuk menyokong tulang belakang anda.

LENGUHNYA DUDUK DEPAN KOMPUTER LAMA-LAMA!

3. Siku diletakkan dengan selesa di atas lengan kerusi pada sudut 90 darjah.
4. Pergelangan tangan diletakkan rata dan posisi tegak.
5. Lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah.

6. Kedua-dua kaki rata di atas lantai.
7. Letakkan barang-barang yang kerap digunakan seperti papan kekunci, tetikus, telefon dan alat tulis pada jarak yang dekat dan sesuai.

8. Ambil rehat 1-2 minit setiap setengah jam dan lakukan sedikit regangan dan pergerakan ke tempat lain setiap satu jam.

Bagaimana? Dah rasa lebih selesa untuk bekerja? Mesti kualiti kerja pun sudah meningkat 50% bila kita mengamalkan postur badan yang betul. Bos pun mesti suka!


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply