fbpx Skip to main content

Rasa pelik laa.. Lama betul rasa sakit bahu yang dialami sekarang ni. Dah cuba macam-macam cara, tapi sakit bahu masih tak hilang! Anda tergolong dalam masalah ini ke sekarang?

Jika ya, anda berada di artikel yang betul. Untuk kenalpasti sebenarnya apa punca yang menyebabkan anda sakit bahu berpanjangan.

Mari kita lihat 5 punca utama sakit bahu!

1. Kesan Kecederaan

Kesan Kecederaan Menyebabkan Sakit Bahu

Trauma atau kecederaan pada bahu, seperti terjatuh, boleh menyumbang kepada masalah sakit bahu. Antara kecederaan yang dialami di sekitar bahu adalah seperti koyakan rotator cuff, terkehel, patah tulang dan terseliuh. Kecederaan ini boleh menyebabkan keradangan, bengkak, dan pergerakan bahu menjadi terhad, yang boleh mengakibatkan kesakitan.

2. Faktor Usia

Sakit Bahu Disebabkan Faktor Usia

Apabila seseorang semakin meningkat usia, struktur dalam sendi bahu menjadi semakin merosot. Maka, akan terjadinya gejala osteoarthritis, tendonitis, dan bursitis. Perubahan berkaitan usia ini boleh menyebabkan kesakitan, kekakuan, dan penurunan julat pergerakan di bahagian bahu.

3. Sakit Bahu Akibat Tekanan Melampau

Sakit Bahu Akibat Tekanan Melampau

Tekanan pada sendi bahu, sama ada dari postur yang lemah, pergerakan berulang, atau membawa beban berat, boleh menyumbang kepada masalah ini. Tekanan yang berpanjangan akan menyebabkan ketegangan otot, ligamen terseliuh, dan kerengsaan sendi.

4. Senaman Berlebihan

Senaman Berlebihan Menyebabkan Sakit Bahu

Senaman berlebihan atau teknik senaman yang salah boleh menegangkan otot, tendon dan ligamen di bahu, yang membawa kepada kesakitan dan ketidakselesaan. Atlet atau individu yang terlibat dalam aktiviti pergerakan berulang, seperti berenang, tenis atau angkat berat, mempunyai risiko tinggi untuk terdedah kepada kecederaan bahu.

5. Frozen Shoulder

Sakit Bahu Akibat Frozen Shoulder

“Frozen shoulder” boleh menyebabkan kekakuan, kesakitan, dan julat pergerakan terhad pada sendi bahu. Masalah ini dipercayai terjadi apabila sendi bahu menjadi ketat disebabkan oleh selaput sendi yang mula menebal. Lazimnya, “frozen shoulder” lebih senang menyerang golongan wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain sakit bahu, Flex Physiotherapy juga boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Strok/Angin Ahmar
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Sakit Kaki/Tumit Kaki
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak