Sakit belakang adalah rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan. Masalah ini sering tertumpu pada bahagian bawah belakang badan. Keadaan ini boleh membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti seharian anda.
Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan sakit belakang. Ini kerana rata-rata menyangka sakit belakang hanya boleh dirawat dengan ubat dan pembedahan.
Untuk makluman anda, terdapat cara rawatan lain tanpa ubat mahupun pembedahan untuk melegakan sakit belakang anda, antaranya:
1. Yoga/senaman
Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan pada tubuh badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.
Senaman dapat membantu mengurangkan kesakitan dan juga mengelakkan dari masalah berulang semula. Selain itu, ia juga mampu menguatkan kembali otot belakang
2. Menjaga postur badan
Elakkan dari membongkok kerana ia memberi kesan buruk pada badan anda. Jika anda duduk terlalu lama, biasakan untuk bersandar dengan tegak.
Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.
3. Dapatkan tidur yang lena bagi sakit belakang
Tidur yang lena dengan posisi yang betul adalah penting untuk menjaga kesihatan anda.
Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda kurang tidur dan kurang selesa pada bahagian belakang.
4.Rawatan fisioterapi
Melalui fisioterapi, rawatan akan diberikan untuk meredakan kesakitan. Antaranya seperti rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.
Fisioterapi juga akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan. Selain itu, mereka juga menunjukkan cara untuk memperbaiki cara hidup dan aktiviti seharian pesakit.- FP
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.