fbpx Skip to main content

Anda anak perautauan? Balik raya kadang-kadang 10 ke 12 jam sebab jalan terlalu jem. Sampaikan pada satu tahap, tulang belakang terasa sakit sangat sebab terlalu lama memandu kereta.

Jangan risau, ada beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk elak daripada perkara sebegitu berlaku. Lepas ni, kalau nak drive lama mana pun tak ada masalah lah!

Setiap kali musim perayaan seperti Hari Raya, suasana balik kampung di Malaysia memang meriah! Salah satu perkara yang paling sinonim dengan balik raya ialah kesesakan jalan raya yang teruk.

Jom Amalkan Tips Ini Untuk Perjalanan Balik Raya Nanti!

1. Anjak Kerusi Ke Depan

Kedudukan kerusi semasa memandu sangat penting, terutama bagi mereka yang memandu dalam tempoh yang lama, seperti 5 hingga 8 jam. Duduk dalam posisi yang betul, seperti menganjak kerusi ke depan, membantu mengurangkan tekanan kerana kaki dapat menekan pedal dengan selesa tanpa perlu menegangkan pinggang.

2. Elak Gangguan Semasa Memandu Dapat Cegah Daripada Sakit Belakang

Menggunakan telefon bimbit atau makan semasa memandu bukan sahaja bahayakan nyawa, tetapi juga memberi tekanan tidak sekata pada tubuh. Tanpa sedar, ia boleh menyebabkan ketegangan otot dan ketidakselesaan yang berpanjangan.

3. Guna Alat Sokongan Belakang Untuk Elak Sakit Belakang

guna alat sokongan belakang supaya sakit belakang tidak dialamiApabila terlalu leka memandu, tanpa sedar badan mula condong ke depan. Sebab itulah sokongan tambahan penting untuk memastikan posisi duduk kekal selesa dan mengurangkan tekanan pada otot. Boleh gunakan bantal sokongan lumbar atau tuala yang digulung untuk membantu mengekalkan postur yang betul.

4. Jaga Postur

 

jaga postur semasa memandu dapat cegah daripada sakit badanStruktur tubuh manusia secara semula jadi mempunyai lekukan berbentuk ‘S’. Untuk kekal sihat semasa memandu, pastikan postur badan sentiasa betul. Jangan duduk terlalu membongkok atau terlalu menegak, kerana ini boleh mengubah lekukan semula jadi dan memberi tekanan berlebihan pada belakang.

5. Berehat

Memandu dalam tempoh yang lama boleh memberi tekanan pada tulang bahagian belakang dan mengganggu aliran darah. Oleh itu, berhentilah seketika setiap 1-2 jam untuk mengelakkan tekanan yang berpanjangan dan memberi peluang kepada badan untuk berehat.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan terapi manual dan elektroterapi oleh fisioterapis berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Fisioterapis kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Stroke/Angin Ahmar
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-Kanak