fbpx

Apakah yang menyebabkan berlakunya sakit belakang atau pinggang?

 

Sudah tentu ada ketika kita merasa tidak selesa di bahagian belakang sehingga mengganggu aktiviti harian.

 

Dalam artikel ini, kami jelaskan lebih lanjut tentang punca sakit pinggang serta cara menghilangkan kesakitan.

 

 

 

Apa Itu Masalah Sakit Belakang?

 Sakit Belakang

 

Pernah rasa sakit yang menyebabkan ketidakselesaan di bahagian belakang badan?

 

Keadaan seperti ini sering terjadi ketika:

 

  • mengangkat barang yang berat,
  • memandu kereta,
  • duduk lama di hadapan komputer dan
  • berbaring dalam tempoh yang lama.

 

Sakit ini boleh merujuk kepada keadaan yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan di belakang badan terutamanya di bahagian bawah belakang badan.

 

Jika anda membiarkan sakit ini tanpa sebarang rawatan awal, ia akan menjadi semakin buruk dan membataskan pergerakan anda.

 

 

 

Punca Sakit Belakang

 

Ada beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan masalah sakit pingangg atau tulang belakang.

 

1.  Kerap membongkok

 

Apabila anda sering membongkok dalam tempoh masa yang lama, sebenarnya ia tidak baik untuk bahagian belakang badan anda.

 

Ia akan memberi tekanan kepada bahagian belakang badan dan bahu, lalu menyebabkan otot di situ menjadi keras.

 

2.  Mengangkat barang yang berat

Sakit Belakang

 

Apabila anda mengangkat barang dengan kedudukan badan yang salah, ia akan memberi tekanan pada bahagian belakang badan.

 

3.  Kasut tumit tinggi

 Sakit Belakang

Memang cantik apabila dipakai tetapi jika dipakai dalam tempoh yang lama, ia akan memberi kesan kepada belakang badan.

 

Ini juga antara punca mengapa wanita sering mengadu mereka merasakan kesakitan di belakang

 

4.  Gaya hidup

 

Jika anda seorang yang mempunyai gaya hidup yang kurang aktif, maka anda akan cenderung untuk mengalami masalah sendi kaku.

Otot akan menjadi lemah dan ini akan memburukkan lagi keadaan sakit anda.

 

5.  Tekanan kerja

 Sakit Belakang

 

Stres bukan sahaja mempengaruhi kesihatan mental malah keadaan fizikal seseorang.

 

Sekiranya dibiarkan, ia boleh memberikan kesan kepada belakang badan.

 

Memandangkan belakang badan kita mempunyai pelbagai otot, ia boleh menambahkan kesakitan pada otot-otot bahagian belakang badan.

 

 

 

Sakit Belakang Belah Kanan Dan Sakit Belakang Belah Kiri

 Sakit Belakang

 

Ada orang merasai perbezaan kesakitan di bahagian kanan dan kiri belakang badan.

 

Kebiasaannya, sakit di belah kanan pada belakang badan dikaitkan dengan pergerakan fizikal yang keras dan secara tiba-tiba.

 

Bagi wanita, jika anda merasa sakit di bahagian ini, ia biasanya ada kaitan dengan keradangan pada sistem ginekologi.

 

Jika anda sering merasa sakit di bahagian kiri belakang badan, ia mungkin disebabkan oleh keradangan organ-organ dalaman atau mungkin akibat kecederaan biasa.

 

Oleh itu, anda perlu mendapatkan konsultansi daripada pakar fisioterapi untuk mengetahui punca sebenar sakit yang anda alami.

 

 

 

Cara Menghilangkan Sakit Belakang

 

Bagi mereka yang sudah lama menderita sakit ini, terdapat kaedah tertentu yang boleh diambil untuk mengurangkan kesakitan.

 

Di bawah kami kongsikan beberapa cara menghilangkan sakit ini dengan berkesan;

 

1.  Jaga postur badan

 

Ini adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan tulang belakang.

 

Elakkan membongkok atau duduk terlalu lama.

 

Biasakan bersandar dengan tegak dan letak bantal lembut di belakang badan anda untuk memberikan sokongan.

 

2.  Rajin bersenam

 Sakit Belakang

 

Aktiviti bersenam boleh memberikan kelegaan dan mengurangkan kesakitan pada bahagian badan yang tegang.

 

Dengan senaman, anda boleh mengurangkan kesakitan pada bahagian tulang belakang dan menguatkan otot belakang badan.

 

3.  Rawatan fisioterapi

Kaedah rawatan fisioterapi dapat mengurangkan kesakitan belakang badan.

 

Selain memberikan rawatan fisio, pakar terapi fizikal akan memberikan nasihat dan panduan bagaimana untuk anda menjaga postur badan, memperbaiki gaya hidup dan aktiviti harian anda.

Sakit Belakang

 

Flex Physiotherapy menawarkan rawatan terbaik kepada mereka yang menderita kesakitan ini.

 

Mereka menggunakan teknik manual technique physiotherapy atau teknik ‘hand-on’ yang turut digunakan oleh negara-negara maju dan terbukti berkesan.

 

4.  Tidur dengan posisi yang betul

Sakit Belakang

 

Selain cara berjalan, duduk dan memandu, posisi tidur juga memainkan peranan penting terhadap kesihatan tulang belakang anda.

 

Pastikan cara anda tidur dengan:

 

  • Elakkan tidur secara meniarap kerana ia akan memberikan tekanan pada belakang badan.
  • Tidur secara berbaring dan letak batal pada bawah lutut.
  • Tidur mengiring dan letak bantal di antara kedua-dua lutut.

 

5.  Pek ais atau haba

 

Sekiranya anda sering mengalami kesakitan di belakang yang teruk, cuba letak pek ais atau haba di bahagian yang sakit.

 

Rehat dan biarkan selama 20 minit.

 

Ia membantu meredakan rasa tegang pada otot-otot yang terjejas dan melancarkan pengaliran darah.

 

 

Dapatkan Rawatan Sakit Belakang di Flex Physiotherapy

 Sakit Belakang

 

Usah bertangguh! Segera rawat sakit belakang anda di Flex Physiotherapy.

 

Dapatkan bantuan ahli fisioterapi yang pakar dalam merawat masalah sakit sendi, sakit belakang, slip disc, pemulihan selepas pembedahan, kecederaan sukan, strok, Sindrom carpal tunnel dan pelbagai lagi.

 

Flex Physiotherapy menggunakan teknik ‘hands-on’ seperti:

 

  • joint mobilization,
  • trigger point release,
  • cyriax dan 
  •  mulligan.

 

Rata-rata pesakit yang telah mendapatkan rawatan di sini amat berpuas hati dan kini kembali dengan kesihatan yang baik.

 Sakit Belakang

Klik Di Sini Untuk Video Penuh

Sakit Belakang

Klik Di Sini Untuk Video Penuh

Sakit Belakang

 

Klik Di Sini Untuk Video Penuh

Sakit BelakangSakit BelakangSakit BelakangSakit Belakang